Utama


Memaparkan catatan dengan label Maafkan saya awak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maafkan saya awak. Papar semua catatan

Rabu, 6 Jun 2012

Cerpen -Maafkan saya awak -4



Kami bergerak ke genting pagi esoknya. Dalam kereta riuh dengan gelagat anak-anak macam-macam kerenah, aku malas dah nak layan Cuma sesekali terdengar suara airil menegur mereka kerana terlalu bising. Tapi biasalah kalau airil yang menegur semua buat tak tahu saja
"Adik, along achik boleh tak senyap sikit, ummi pening kepala bila kamu bising-bising , dah lah jalan nye berpusing-pusing."aku bersuara dan ianya mematikan keriuhan dalam kereta..
"U.. kenapa ni."airil bertanya sebab tiba-tiba saja aku tertinggi suara dengan anak-anak.
"pa.. ummi pening lah ,rasa macam nak muntah ni, papa berhenti tepi kejap" arah ku
"Ummi tak sihat ke"ketiga anak-anak ku berkata serentak
dan jelas pada wajah mereka tanda kerisauan 
"Ummi ok, sayang.. cuma ummi tak biasa dengan jalan yang berpusing2 ni"jelasku
pantas airil berhenti di tepi highway.dan dengan pantas aku buka pintu dan berlari keluar.. segala apa yang kumakan pagi tadi keluar semuanya..aku terasa ada orang mengosok belakang ku bagi melegakan keadaan ku
"Ummi u ok ke?"airil bertanya sambil menghulurkan air mineral padaku, dalam masa yang sama aku terdengar dia berkata
" Duduk saja dalam kereta tu, sekejap lagi papa dengan ummi masuk"perintahnya tegas, aku tak tahu pada siapa dia berkata , tapi aku pasti tak lain dan tak bukan mesti dengan puteri ku,sebab aku terdengar suaranya macam sebak saja
"papa..adik nak tengok ummi"
"u dah ok ke , kalau dah boleh kita mulakan perjalanan sikit je lagi ni, nanti u rehat dekat bilik"airil bertanya
"ok...sori pa"kataku perlahan dan lemah
"tak de apa lah "dia memimpin ku ke kereta dengan penuh berhati-hati.
Sepanjang perjalanan ketiaga beradik tu diam saja.seolah-olah tidak mahu menganggu ketenteraman ku, aku lihat airil tersenyum pada ku mungkin dia mendapat sedikit  tumpuan untuk memandu dengan keadaan yang tenteram ini,
“Kalau esok kita gerak pergi bukit tinggi u ok tak ummi” airil menanyakan pendapatku
“I tak kisah , u yang memandu kan, “jawabku sambil tanganku memicit kepala ku yang kadang kala berdenyut-denyut
“U tak ok lagi ke saying”perlahan saja dia bertanya tapi masih terdengar di pendengaran ku
“I ok , u tak payahlah risau”jelasku
“Kami menginap di Genting Permai Resort, aku merasa puas hati dengan apartment yang dipilih , 2 bilik tidur , ruang tamu yang luas, aku memang puas hati sangat, anak-anak pun gembira ialah ada swimming pool dengan playground,
“Papa boleh tak main dekat playground”anak dara ku bertanya, meminta izin.
“boleh, ajak abang”izin airil
Aku malas nak melayan sebab sakit kepala ku menyerang kembali,aku merehatkan badan ku di sofa yang mana aku boleh melihat anak-anak bermain.
Airil entah hilang kemana mungkin dia bawa beg kebilik, diluar aku terdengar suara riuh tiga beradik entah apa lah yang si abang menganggu adiknya tu
“tak nak lah main , adik nak masuk dalam rumah lah “aku mendengar suara anak daraku dengan nada merajuk
“U, I keluar sekejap beli lunch u nak makan apa-apa tak?”airil bertanya
“U belikan I bubur je lah , lagi satu pa, u beli roti gardenia yang Jumbo tu , dengan tuna  , u beli lah untuk stok breakfast  esok sekali roti tu. Pastu susu,dan milo u bukan tak tahu anak-anak u tu”pesanku
“itu je”dia bertanya
“u bawak anak-anak sekali,mana tahu kalau dorang nak beli apa-apa”jelasku
“Ok, u jaga diri tau sayang”airil berkata dan berlalu
Selamba dia je sekarang ni, dearlah sayanglah, macam-macam lagilah
Aku tak tahu bila aku terlelap, lena betul aku tidur ialah tanpa apa-apa gangguan.
Sedar-sedar bila satu kucupan lembut hinggap dipipiku,,
“morning ummi”
Terkejut aku bila balqis kata morning , lamanya aku tidur, takkan mereka tak kejutkan aku langsung. Aku lihat airil sedang menghidangkan makanan,pantas aku bangkit ,
“maaf itu saja yang mampu aku kata,
“tak pe, lena tidur, ok dah sakit kepala u”tanyanya
“kurang sikit, u betul ke morning?”Tanya ku perlahan takut didengari anak-anak diruang menonton TV
“Airil hanya senyum je,
“U..i  Tanya ni”
“Tak lah ummi, u tengok pukul berapa tu, baru 2 petang kan,saja rishah usik u, sebab dia tengok u lena betul, u tahu dia cakap apa, dia kta papa ummi macam baby kan cute sangat”
“ialah tu”satu cubitan hingap dilengannya
“Sakitlah ummi”jeritnya, U pergi buat air ,I dah beli ais ada dalam peti sejuk, just buat aislemontea je, I beli yang macam kat umah tu .anak-anak nak
“OK’
Aku menyediakan air untk makanan tenghari
Selesai makan, kami berehat sekejap, anak-anak dah pun terlelap diruang tamu, penat rasanya,Balqis dah lelap di pangkuan airil, aku mengambil cadar didalam bilik sebagai lapik untuk mereka..
Aku duduk sebelah airil memerhatikan sikecil yang lena betul tidurnya
Tiba-tiba, “U, I nak jadikan Rishah anak I buat selamanya, dan I nak u jaga anak-anak I untuk selamanya”Airil berkata, sambil memandang ku
Tergamam aku seketika apakah dia sedang melamar ku waktu ini,eee tak romantic betullah “getusku dalam hati
“u sudi tak u jadi isteri I”
Lagi aku terkejut, direct je dia melamar aku.
“Pa, u serius ke, bukan ke u kata we just friend saja”luahku
“Ummi itu dulu, sekarang I betul-betul takut kehilangan u, I takut kehilangan adik, lebih-lebih lagi bila u kata u jumpa azri kat pasaraya, I tak nak dia ambil u dari I, amik adik dari I, I sayang kan u ummi”
“Pa dah lama ummi tunggu papa, tapi papa buat tak tahu saja kan, papa ramai kawan-kawan perempuan yang cantik, yang seksi siapalah ummi ni papa”
“Owhh kiranya jeleslah ni”
Takde maknanya nak jeles”jawabku,
“aku mengejutkan anak-anak sebab nak ke theme park di puncak genting
Macam biasa kalau rishah bila dikejutkan merengeknya hanya airil je dapat memujuknya.
“Kami ke puncak menaiki skyway”
“Papa nanti nak naik macam ni dekat langkawi pulak boleh”anak daraku bersuara
Airil hanya mengangguk
“U jngan berjanji apa-apa dengan dia , nanti dia tuntut baru u tahu”jelasku
“Ialah , kita pergi honeymoon bawalah mereka sekali “jawab airil selamba
Aku hanya diam je dengan apa yang diperkatakan oleh airil
Apakah yang diperkatakan akan menjadi kenyataan “Ya allah aku mohon padamu moga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan .
Selama 2 hari di Genting Highland macam-macam aktiviti dilakukan, anak-anak sedang lena mungkin keletihan , aku mengemaskan segala keperluan kerana pagi-pagi esok airil nak bawa ke bukit tinggi pula, aku memang dah lama nak ke bercuti ke Bukit Tinggi tapi belum lagi berkesempatan lagi, dan hari ini alhamdulillah dapat juga aku kesana. Sedang asyik aku mengemas, satu tepukan pelahan hinggap dibahuku, hilang semua anganku tadi,
“Allahuakhbar,terkejut i,aku mengurut dada bagi menghilangkan rasa terkejutku tadi .
Jauh mengelamum”tanpa memandangku airil berlalu ke dapur mungkin kehausan agaknya
“Terima kasih U”ucapku ringkas tanpa memberitahu kenapa
“terima kasih untuk apa pulak
“terima kasih sebab bawa i dengan balqis bercuti”ialah jimat juga duit i, aku mengusiknya
“oooo, sama-sama, itu dah tanggungjawab i lah , untuk menjaga u”perlu apa-apa bantuan tak,
“umm tolong buatkan i , belum habis aku memberitahu, apa yang ku ingin kan
“naj milo panas untuk u”satu cawan milo panas dihulurkan padaku. Macam tahu-tahu je apa yang ku inginkan.
“TQ papa”
Welcome Ummi”
Jam menunjukkan pukul  8 pagi, apartment kami riuh rendah dengan suara anak-anak, mana yang nak sarapan, nak mandi ,macam-macam kerenah yang harus aku layani,
“Ummi mana baju Qis”
“Ummi abang nak mkn roti dengan telur hancur,
“Ummi mana towel abang”
Pening kepala aku dibuatnya, nasib baik papanya tak mengada-ngada sama , kalau sama alamatnya semua kena hari ni 9.30 pagi kami bergerak ke Bukit tinggi, tiada sorang pun anak-anak yang tahu perancangan kali ni,sampai di bukit tinggi yang paling teruja adalah anak dara kecil tu, berkali-kali diciumnya pipi papanya “Tq papa adik suka sangat”
Mula-mula lawatan ke ladang arnab, riuh rendah ladang tu dengan suara anak-anak kami, pengunjung yang lain pun asyik benar melihat telatah tiga beradik tu, sekejap-sekejap terdengar suara rishah “Papa ceptlah amik gambar adik, papa itu , papa ini, macam-macam yang dimintanya , airil mengikut aja kehendak anak daranya,imran dengan Irman duduk disebelah kiri dan kanan ku,
“Ummi jomlah amik gambar kat rusa tu” pujuk mereka mungkin mereka teruja melihat gelagat adik mereka yang begitu asyik benar bergambarnya
“Ummi penatlah, kamu berdua pergilah, kesian papa layan adik sorang –sorang,
“Jomlah ummi tak best lah ummi tak joint sekali, pujuk abang long, nak tak nak terpaksa juga aku turut serta dengan mereka.Banyak juga gambar yang kami rakam kan satu keluarga.
Sedang asyik aku melayan kerenah anak-anak,
“Izaira,”seseorang menegurku
“Ya, saya Izaira, kakak siapa”heran juga aku sejauh-jauh ni pun ada insane yang mengenali ku, ialah aku ni bukannya artis yang dikenali ramai.
“Izaira lupa ke, 5 tahun dulu izaira buat penempatan akak, izaira yang tolong akak, cari rumah sewa semua, lupa ke”wanita tadi memberitahu ku
“Maaf kak, saya betul-betul tak ingat sebab ramai betul saya buat penempatan, kata ku pelahan, memang aku betul-betul tak ingat siapa gerangan wanita yang ada didepan ku ini, ialah dah 5 tahun berlalu dan kini aku telah pun bertukar ke tempat lain.
“Kak ida lah, yang tinggal sama dengan kawasan perumahan izaira tu”
“Ya Allah. Kak ida dari pahang tu ye, maaflah akak, saya memang tak ingat, almaklumlah kak, dah lama, ingat lagi akak dengan saya,”
“Nanti singgah lah rumah akak , dah dekat ni, dengan rumah akak, ni alamat rumah akak, sekarang ni musim buah-buahan nanti boleh akak bawa ke dusun , singah tau, ajak suami dengan anak-anak.
Airil masa tu aku lihat senyum je bila kak ida berkata suami.
“Insyaallah kak, sebab malam ni kami bercadang nak tidur di Bukit Tinggi ni, saja bawa anak-anak bercuti, dah lama benar dorang mengajak kesini, Sayang boleh tak esok kita pergi rumah kak ida” aku bertanya dengan Airil.
Airil aku lihat senyum je dengan pertanyaan ku, aku buat tak tahu aje dengan gelagatnya, sukalah tu orang panggil dia sayang, mengada-ngada betul lah mamat ni.
“Insyaallah kak, esok kami sampai,” Airil menjawab ringkas pantas tangan nya memeluk pinggang ku.
Aku diam je dengan perlakuan airil tapi dalam hati dan menyirap dah ni, amboi-amboi bukan main lagi dia.

Kak ida senyum melihat gelagat pasangan didepannya , “ Amboi, romantiknya, esok pun tak pe tapi jgn tak datang tau, akak berharap benar ni” Kak ida beria-ia menyemput ku.
 Aku hanya mengangguk,begitu juga dengan Airil, Selepas kak ida berlalu aku merenggang kan pelukan Airil
 “lakunan dah habis...”kataku ringkas
“Ala ummi ni ...baru nak manja-manja..dia meleraikan pelukan dipingangku.
 “ banyak lah awak punya manja-manja”aku meleraikan pelukannya.
 “waa.. ummi dengan papa bercinta ye”Airisyah bersuara dengan kuatnya
 “Adik berapa kali ummi cakap, jgn menjerit awak tu perempuan tak sopan lah”Tegurku perlahan, padahal aku sebenarnya dah malu dah dengan orang ramai yang memandang kearah ku dan airi bila Balqis berkata demikian.
 “Ala tak salahlah, itu kan papa dan ummi kita biarlah dorang bercinta , betul tak ummi” Si abang memberitahu.

 *****
Si dara kecil , tiba-tiba memegang perut dengan mukanya berkerut, risau aku tiba-tiba ialah Airisyah ni ada gastrik, tu yang aku risau kalau dia buat muka macam tu,
Adik are u okey?” pantas airil bertanya, rupa-rupanya Airil pun perasaan perlakuan Airisyah,
“Papa .... perut adik ni”katanya perlahan
“ialah kenapa dengan perut adik,sakit ke”Aku dah mula cuak.
“Ummi papa .. perut adik ni dah  buat lagu rock, laparlah ummii.. usiknya  sambil tersenyum
“Fuhh.., adik ni kan buat suspen ummi dengan papa ajelah,
“Ooo lapar. Okey jom kita pergi makan, papa pun dah lapar ni”
Yea.. makan... adik suka-adik suka, si dara melompat-lompat kesukaan.
“Adik berapa kali ummi cakap jaga sikap tu, eee.. papa boleh tak u marah anak dara u ni”
“Ala budak-budak biarkan je” Airil menjawab ringkas
Dalam hati aku ni membara je, dengan apa yang diperkatakan oleh Airil , U ni kan Pa lembut sangat lah” marah ku pelahan
“ dah tu, U sebenarnya laparkan ummi, jom kita makan dulu

Usai makan, aku mengajak airil dan anak-anak balik ke Apartment untuk solat, ialah kalau berjalan memang lupa segalanya. Sampai di Apartment,
“bestnye.. adik nak baring kejap erk.. dia berlalu ke bilik , aku mengeleng kepala dengan gelagat anak sorang ni..
“ abang pun nak baring lah...
“Dah tu semua pergi amik air sembahyang. Amboi-amboi tadi bukan main segar semuanya. Balik apartment sume buat muka letih” airil berkata tegas.
“Aku berlalu ke bilik ku yang ku kongsi dengan airisyah
“Ummi kita solat jemaah lah erk, kita solat kat ruang tamu, “kata airil lembut
Aku hanya mengangguk, lama rasanya tak solat jemaah,
“Adik bangun sayang, papa ajak solat”kejutku lembut
“Ala... adik ngantuk lah ummi”
Ishh cepat amik air sembahyang”suruhku
Usai solat kami berehat diruang tamu, anak-anak dah pun terlelap kepenatan aku rasa, ialah dari pagi sampai tengahari beria masing-masing. Airisyah mcm biasa dah terlena di pangkuan Airil.

“Ummi u terima i kan”Airil bertanya ingin kan kepastian, bukan apa dia takut hanya dia yang beria-ia sedangkan yang empunya diri hanya mendiamkan diri sahaja,kalau betul Izaira menerimanya dia ingin menyegerakan majlis tersebut, dia tak mahu insan depan matanya ini hilang begitu saja. Lebih-lebih lagi bila Izaira memberitahunya yang dia terjumpa azrien di sebuah pasaraya.

“Papa, i ada ayah dan ibu, u kena Tanya mereka kalau mereka terima i ikut sahaja, sekarang ni keputusan pada mereka”Aku memberitahu.
Aku sebenarnya takut untuk memberikan jawapan pada airil, bukan apa aku takut sejarah dulu berulang lagi ialah , kekadang aku rasa fobia dengan kisah silamku sendiri.

Pantas tanggannya mencapai telefon bimbit dan aku tahu dia menghubungi siapa, aku hanya mendiamkan diri saja, tak nak menganggu apa yang diperbincangkan bagi aku biarlah antara dia dengan ayah saja,

“Ummi ayah nak cakap,dia menyerahkan telefon ke tangan ku
“Waalaikumussalam”
Alhamdulillah, sihat, tidur,penat agaknya”aku menjelaskan pada ayah
“Along. Tadi Airil Tanya ayah dia nak pinang kamu, kamu setuju ke” Suara ayah dihujung talian bertanya kepadaku.

“Along ikut apa yang ayah dengan ibu saja, kalau ayah suka along ikut saja” Jelasku
“Macam nil ah ayah suka dengan airil, ayah tengok dia jaga kamu dengan airisyah dengan baik , memang usia kamu berdua jauh berbeza tapi ayah yakin Airil boleh jaga along dengan Airisyah, beritahu airil ayah setuju dan bila kamu balik bercuti nanti kita bincang ya, sampaikan salam ayah pada airil dan anak-anak kamu, rindu pula ayah dengan balqis.
Assalamualaikum”ayah menutup bicaranya

“Insyaallah, waalaikumussalam”

Aku menyerahkan telefon ke pada airil, dan ku lemparkan senyum mesra kepadanya
“Ayah cakap apa? Tanya nya ingin kan kepastian. Aku diam dan muka sedih ku pamerkan,niat hati saja ingin mengusik, sebab aku suka sangat tengok muka dia bila risau dan marah, cute sangat aku tengok.
“Ummi, papa Tanya ni”Dia bertanya sekali lagi setelah pertanyaan tadi tidak ku endahkan.
“Papa Tanya apa erk”aku mengusiknya, dan tidak menjawap pertanyaannya tadi.
Aku tengok, muka dia dah berubah macam menahan marah, ummi u jangan nak main-main ya, u dengar kan apa yang papa cakap tadi.
“marah ke?aku mengusik, ayah Tanya ummi, ummi setuju tak? Ayah dengan ibu tak de masalah mereka terima abang”lancar je aku memberitahu dalam masa yang sama aku terperasan yang aku dah panggil dia abang, harap2 dia tak dengarlah.
“Ulang lagi sekali, ummi panggil apa kat papa, papa tak berapa dengarlah,sedap je papa dengar tadi, ulanglah ummi”rayunya
“Ummi panggil apa, ummi panggil Papa, Papalah”jawab ku malu
“tak de2 tadi ummi panggil lain, urmm kalau papa nak ummi panggil macam tu kat papa boleh tak?
Aku diam je malas nak layan,kalau di layan makin mengada2 dibuatnya,
“Boleh lah ummi,”Rayunya, boleh erk..
EEE macam budak kecil suka sangat buat muka seposen.
"abang..ke?"aku ingin mengusiknya..aku melihat air muka airil dah berubah bila aku berkata begitu,ialah jarak usia yang jauh antara kami,7 tahun tu,sebenarnya aku bukanlah bermaksud nak mengenakannya atau sebaliknya.dku cuma ingin bergurau dengannya saja,aku tahu bila aku menerimanya aku juga  harus menghormatinya.
"Terpulang pada sayanglah"pangilannya padaku pun dah berubah,tiada lagi panggilan ummi seperti biasa.
"Merajuklah pulak,ee..abang ni kan kuat merajuklah,ni nak ganti tempat adik ke kuat merajuk."aku merenung manja padanya,dan satu senyuman mesra ku berikan.
"yes!!,i love u sayang,dah tu u jgn buat muka mengoda ok,nanti sekarang juga abang ajak u nikah"
eee... malaslah nak layan.,ummi nak pergi kemas baju,esok nak gerak pagi-pagikan.aku bangkit dan berlalu ke bilik.
“Mulai hari ni abang tak nak dengar lagi gelaran ummi tu lagi untuk abang” boleh kan
"Sayang kemaskan beg abang sekali ya,
"Kemaslah sendiri mengada-ngada,kita belum lagi jadi wife awak tau"aku sengaja mengusiknya,  
"ialah siapalah kita ni kan"katanya dengan nada merajuk.

cerpen -Maafkan saya Awak -3


Riuh rendah umah ibu dan ayah aku bila Airil sampai semalam, ialah haikal dah ada kawan, dan yang sibongsu pulak mulalah mengada-ngada bila jumpa papanya hari ni aku tengok ayah senyum je melayan cucu-cucunya kat belakang sambil ditemani Airil entah apa yang dibualnya berdua aku pun tak tahu sebenarnya ini adalah kali kedua Airil datang ke kampung ku , mula-mula dulu masa dia hantar aku sebab nak raya dan masa tu arisyah masih kecil lagi, dan inilah kali keduanya dia hadir setelah puas ku ajak , aku sendiri tak tahu apa mimpinya sehingga dia sampai ke sini, Masih aku ingat detik semalam waktu dia sampai kesini, mula-mula aku ingat arisyah hanya main-main bila dia cakap “ummi papa dah sampai”
Bila aku turun ke bawah memang aku melihat dia dan anak-anak, memang terkejut betul aku dibuatnya lebih –lebih lagi bila along ngan acik  meluru pada ku “SURPRISE UMMI” yang mampu ku lakukan pada waktu itu hanya lah senyum
“Senyum sorang-sorang” satu tepukan lembut hinggap dibahuku dan dengan pantas hilang segala lamunan ku
“umm kamu ima, along ingat sapa tadi”
“menung apa tu, jauh je ima tengok”adik iparku menegur
“Tak de apa, ralit tengok budak-budak kat belakang tu”pantas aku menjawab
“Tengok anak-anak ke tengok bapanya ima mengusik ku
“Ish kamu ni, dia anggap along kawan ajelah ima, dari dulu lagi, dia kata we just friend only “along ingat lagi masa dia cakap dengan budak kelab kat JB, sape lah along ni ima, janda, dan tua pada dia, takkan dia nak dengan along ni lagipun ramai awek-awek yang cun minat dengan dia,takkan dia pandang along kamu ni”
“itu kata along,” adik iparku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang kuperkatakan
“Along tengok tu, manja betul isyah dengan abg Airil, tengok ayah pun ok je dengan dia, haikal pun ok je siap panggil papa long lagi
Sedang aku dengan ima berbual kosong “Ummi papa kata , papa nak bawak pergi holiday kat Cameron highland nak tak ummi” isyah anak daraku berkata
“Cameron highland?”urmm cakap ngan papa taknak lah Cameron kita pergi genting lah baru happening boleh minta discount kat papa chu”
“ok nanti adikcakp ngan papa,ummi hari ni ummi tak sayang adik lagi tau, mama chu dah sayang dah”
“tak sayang lagi ke,tadi masa isyah bangun pagi-pagi tadi siapa yang sayang Qis bukan ummi ke”aku mengusik anak dara ku
“Opss sori ummi lupa, adik nak pergi kat belakang balik tau, pantas dia ke belakang.
Aku dan ima menyiapkan hidangan untuk makan tengahari, sambal kentang dengan ikan bilis, masak lemak cili api pucuk ubi dengan jering,goreng ikan masin , ikan kembung goreng,sambal belacan ,ulam timum. dan sayur campur , siap sudah menu untuk makan tengahari, sedang aku dengan ima sediakan tempat untuk makan tengahari maksu dan mak itam datang satu family meriah betul masa tu,
Yang seronok isyah sebab dia yang paling bongsu , jadi ramai lah yang melayannya.
“Airil bila kamu sampai” Pak itam bertanya
“Mlm tadi pak itam, budak dua orang tu sibuk sangat nak jumpa ummi dan adik , tu yang datang”
“Bukan papa kata, papa rindu ummi ke”Airisyah meyampuk selamba
“Airisyah Balqis…!aku meninggikan suaraku
“Maaf ummi”
Airil senyum sahaja dengan apa yang diperkatakan oleh isyah,
“Hidangan dah siap jom lah makan”ayah mengajak, mungkin dah lapar kot ialah jam pun dah menunjukkan pukul 1.00 tengahari mahunya tak lapar
“Adik nak duduk sebelah papa dan ummi”aku terdengar suara isyah
“Mana boleh adik perempuan duduk sebelah ummilah”Arif mengusik,
“Tak nak,adik nak duduk sebelah papa dan ummi juga, abang long lah duduk sebelah ummi”Balqis masih tak nak mengalah
“Tak boleh..”alif pulak mengusik
“Nak jugakkkkkk”
“Ialah-ialah adik duduk tengah-tengah antara papa dengan ummi,abang long ngan abang achik kalih sikit, tak baik bergaduh depan rezeki” Airil meleraikan
“Ishh, hari-hari macam ni “getusku pelahan
Aku lihat semua memerhatikan aku sambil tersenyum
“adik pergi duduk dengan atok dan nenek lah nak,”aku mengusik
“Tak nak, ummi tak Nampak ke abang haikal dah duduk tu”jawabnya pantas
“dah lah tu along yang kamu tu pun satu suka sangat mengusik anak kamu tu”ayah bersuara
“Geram-geram dengan perangai dia ni, mengada-ngada lebih-lebih lagi bila ada papa airil dia ni, lagi naik lemak dia” kataku
“Dahlah tu awak, makan je karang tercekik pulak” Airil menegur ku sambil menjeling tanda tak puas hati aku marah pada anak daranya

*********

“Betul ke mak?”azri ingin kan kepastian
“Betul,dia sendiri yang datang dengan anak kamu tu, dia minta maaf sebab merahsiakan semuanya, dia buat semua tu sebab tak nak kamu rasa berbelah bagi dengan keputusan yang kamu dah buat, : mak memberitahu ku
“angah rasa bersalah pada dia mak”luahku kesal
“tak guna angah, kamu yang buang dia, kamu yang tak nak dia, kamu abaikan dia, mak tengok dia dah bahagia, anak kamu comel angah perempuan, Nur Airisyah Balqis namanya,keletah betul seronok mak akhirnya mak ada juga cucu dari kamu angah,:mak bercerita dengan penuh ceria.
“dia duduk mana sekarang mak”
“Dia tak beritahu pula pada mak, dia duduk mana sekarang, tapi yang mak tahu dia sekarang ni tengah bercuti”
Aku teringat akan peristiwa semalam, dimana aku berjumpa dengan alisyah, walaupun dia tidak memandangku namun aku tahu itu dia dan disebabkan itu aku mengekorinya tanpa disyaki dan diwaktu yang sama dia begitu asyik melayan keletah anak kecil yang begitu manja dan bijak sekali, masih jelas diingatan ku akan wajah anak kecil itu , memang comel dan begitu keletah, ya allah zuriat ku rupanya,
“maafkan abang sayang, abang terleka sebentar hingga abang kehilangan kamu dan anak kita”
“Oitt.menung pulak dia, orang bercerita dia menung, apa yang kamu menungkan angah”mak bertanya
“mak sebenarnya semalam saya terjumpa alisyah dekat pasaraya, dan saya dah pun lihat anak saya ma, tapi saya tak tahu itu anak saya”luahku
‘urmm dah lah angah, kamu yang salah,mana dia perempuan yang kamu sanjung, yang kamu puja tu, yang menyebab kan hati dan perasaan alisyah hancur hingga dia bawa diri tanpa memberitahu dimana dia berada, hati ayah mana yang tak kecewa bila anak gadisnya dipersia-siakan sebab tu keluarga mertua kamu tak memberitahu dimana alisyah sebab mereka tak mahu kamu lukakan lagi hati anak mereka. Sekarang kamu rasalah angah, macam mana perasaan seorang ayah:mak berceramah pendek
Aku hanya mampu diam seribu bahasa kerana apa yang diperkatakan oleh mak memang benar,
“Ayah begitu kecewa sekali, begitu juga dengan semua ahli keluarga mertuaku”
Kenangan  5 tahun lalu mengamit kenangan ku
“Kenapa abang buat  aira macam ni, apa salah aira abang”
“aira tak salah apa-apa, tapi abang rasa mungkin rezeki aira dengan orang lain, rezeki abang dengan orang lain” jelasku
“Kenapa baru sekarang abang ungkit semua ni, dulu abang kata mungkin belum rezeki kita, kenapa tiba-tiba saja abang ungkit semua ni”
“sampai bila aira, sampai bila kita nak tunggu”jelas ku
“Aira nak buat macam mana abang yang tak suka aira, abang yang buang abang,aira redha “
Dan akhirnya aku bercerai dengan aira dengan talak 1 dan masa yang sama aira disahkan mengandung, tapi tanpa pengetahuan aku, dan aira tak memberitahu aku langsung pun akan berita itu,
Salah aku juga, lepas saja aku dengan aira bercerai aku langsung tak mempedulikannya, selagi urusan pembayaran wang iddah dan mutaah adalah melalui bank, dan aira pun tak pernah menuntut wang nafkhah untuk anak nya begitu sekali aira menyembunyikannya dari ku, kenapa aira buat abang macam ni sayang.. kenapa aira dera abang sampai macam tu sekali,

Cerpen -Maafkan saya Awak -2



            Rindu betul dengan Airisyah baru dua hari aku tak jumpa dengannya, anak-anak ku pula asyik tanya bila ummi nak balik, bila ummi nak balik. 
“Papa, bila ummi dengan adik nak balik sini, lama ke dorang balik kampung ummi tu, adik tak rindu dekat kami ke”anak sulung ku menyoal
“Abanglong, ummi baru je balik kampung dua hari, ummi kata ummi balik seminggu”jelasku
“Papa jomlah kita pergi kampung ummi, abanglong rindulah dengan adik, tak bestlah adik tak de,sunyi je rumah maktok ni, tengok maktok pun rindu adik “anak bongsuku pula menyampuk
Ini dah kes berat ni,nanti anak-anak aku pula yang demam sebab rindu dengan ummi dan adiknya, ialah selalunya kalau alisyah balik kampung anak-anakku ikut sekali jadi mereka tak merasa sunyi , yang sunyinya aku sebab tinggal sorang-sorang , sebab tu aku tak izinkan mereka ikut ummi mereka kali ni, sebab aku bercadang nak bawa meraka ke Singapura melawat Universal Studio Singapore, nampaknya terpaksalah aku menukar rancangan ,
“Ok, apa kata kita suprise dekat ummi, so apa lagi pergi kemas baju , kita ajak ummi pergi bercuti sekali dengan kita”aku memberi cadangan, apalagi bersorak sakan anak terunaku
“Apa kena along dengan achik tu airil, suka benar mak tengok”tiba-tiba mak menegurku
“saya suruh mereka kemas baju-baju mereka , saya nak bawa mereka bercuti,”jawabku
“jadilah kamu ke singapura esok”mak inginkan kepastian
“Bukan Singapura tapi Kuala Lumpur, sibuk sangat dorang tu rindu dengan ummi dengan adik ,siap ajak balik kampung ummi dia lagi tu, “aku menjelaskan
“Eloklah airil, mak pun sunyi juga bila adik tak de, kalau tidak masa ni bising mulut dia bercerita bertanya macam-macam,bila kamu nak bertolak
“Sekejap lagi kenapa mak nak ikut ke?tanya ku
“Ish kamu ni, bukan nak ikut, mak nak kirim barang, kalau betul kamu jumpa alisyah
“barang ape, ni yang saya jeles ni”
“Untuk anak dara kamu tu lah, dia kan suka makan coklat moist , mak buat tadi sebab teringat dekat dia, kebetulan kamu nak jumpa dia kamu bawa sekali ya, cakap kat dia maktok rindu dekat dia
“ala mak kalau rindu mak telefon je lah alisyah , 3G lagi, aku mengusik
“banyak lah 3G kamu,airil, ingat mak macam kamu hari –hari telefon alisyah  tu , airil mak tak kisah kalau kamu betul sukakan dia, mak tahu dia lebih tua daripada kamu, tapi mak tengok anak-anak kamu tu sayang sangat dia, sayang sangat dengan adik tu, kamu fikir lah sampai bila kamu nak berdendam, nanti kamu yang putih mata baru kamu tahu”
“entahlah mak, kalau dulu mungkinlah saya belum sedia untuk menerimanya, tapi makin lama saya makin sayang dengan dia, Cuma mungkin disebabkan selama ni saya layan dia dan anggap dia kawan , dia masih ingat macam tu “
“ke kamu nak mak yang tanya”
“tak perlulah nanti saya yang akan tanya sendiri”aku memberitahu mak
Alisyah Izaira satu nama yang mana aku kenali dalam sebuah kelab, yang aku turut serta, masih terbayang dalam mindaku detik pertama aku berjumpa dengan insan yang aku kenali dengan Izaira, pada mula perkenalan aku ingatkan dia belum lagi berkahwin dan yang ikut serta dengan dia tu Cuma teman lelaki dia sahaja,aku memberanikan diri untuk menegurnya dlam chat, dan dari situ kami makin rapat sampai lah satu hari aku memberanikan diri bertanya boyfriend u sihat tak, dan jawapan yang aku terima boyfriend alhamdulllah sihat. Bila aku tanya bila nak kahwin , jawapannya kahwin, itu suami sayalah awak. Dan dari situ aku mula menjauhkan diri darinya.bukan apa, aku tak nak menganggu rumah tangga orang dan kebahagian orang, hinggalah satu ketika aku melihat dia mengalami masalah rumahtangga dan dari situ aku menjadi teman untuk dia meluahkan segalanya dan aku menerima dengan hati yang penuh terbuka, pada masa yang sama dia tengah mengandungkan anak sulungnya, suaminya tidak tahu dan dia langsung tidak mempedulikan alisyah, dan alisyah tak boleh tinggal di negeri asalnya kerana katanya banyak kenangan antara dia dengan suami, akhirnya aku menyuruh dia datang ke negeri ku kerana aku berjanji yang akan menjaga dia dan anaknya dan hingga kini aku menunaikan janjiku, kerana aku begitu menyanyanginya, tapi hingga kini aku masih menanti jawapan dari dia, sudah 4 tahun aku menanti, dengan penuh sabar dan tabah, Sejak 4 tahun dia tinggal disini aku rasakan menjaga alisyah adalah tanggungjawabku walaupun aku tahu ramai yang mengambil berat tentang dirinya dan juga Airisyah Balqis. Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku dengan Azri selepas dia menceraikan Alisyah kerana alisyah bersalin pun di daerah ini negeri yang jauh dari tempat asalnya, ini disebabkan alisyah tak nak Azri tahu di mana dia tinggal, nasib baik masa dia menguruskan dokumen-dokumen Airisyah ayah dan ibu alisyah ada disini  jadi setiap urusanku Ayah alisyah lah yang menjadi saksi dan segala surat dan bukti perkahwinan dan penceraian alisyah ada bersamanya, masa pantang maklah yang menjaga alisyah dan mak juga lah hingga sekarang sudi menjaga Airisyah,kata mak biar dia sahaja yang jaga Airisyah  lagipun dia bukan ada kerja pun nak buat. Dan kini sudah  4 tahun kehadiran sicomel yang keletah dan banyak mulut tu begitu menceriakan kehidupan keluargaku, ayah sayang betul dengan Airisyah, kata ayah Airisyah cucu tunggal perempuan dia mana-mana dia pergi hanya Airisyah yang dia ingat.”Papa rindu dengan Risyah sayang” “papa dah siap”hilang sekejap semangat aku dengan budak-budak bertuah ni tau, tak bagi can langsung aku berangan, “papa ni kenapa menung je , rindu adik ke rindu ummi ce citer ce citer “anak sulungku mengajuk satu dialog dalam cerita hantu kak limah balik rumah yang begitu popular saat ni.
“dah siap.ok. pergi salam mak tok ngan atok,”suruhku, anak-anakku pantas mencari datuk dan maktok mereka. Tak sabar betul anak-anak aku ni lah kalau nak jumpa umminya.


  *******
 azrien tertanya sendiri dalam dirinya ,dan hatinya begitu terdetik.
Betul ke, atau hanya bayangan sahaja, tapi anak siapa yang bersamanya,sudah berkahwin ke dia, setahu aku kalau anak buahnya lelaki , tapi kenapa kanak-kanak itu panggil “ummi” mesra sekali aku lihat. Comel dan bijak anak kecil yang bersamanya.
Sedang dia asyik melayan perasaan , telefon bimbitnya berbunyi ,dilihat nama pemanggil tersebut, “MAK” mesti ada benda ,mak telefon ni, ialah mak memang jarang sekali telefon aku lebih-lebih lagi sejak aku dengan alisyah bercerai, mak memang merajuk betul dengan aku, dan memang terasa hati dengan aku,betul kata mak aku dengan perempuan yang menyebab kan  aku dengan alisyah takkan kekal lama, dan takkan sampai kemana pun,perhubungan itu hanya separuh jalan sahaja, aku pernah mencari alisyah tapi jawapan yang kuterima hampa sekali , aku dengan tebal muka telah berjumpa dengan bekas kedua mertua ku bertanya kan alisyah,jawapannya alisyah dah bertukar , dan kemana dia bertukar tiada siapa yang memberitahu. Puas ku tanya kepada sahabat- sahabat baiknya malah kepada ahli kelab pun aku bertanya jika meraka ada berjumpa dengan alisyah, tapi semua jawapan yang kuterima hanya hampa belaka,
“Assalamualaikum mak”
“Angah baru balik dari beli barang kenapa mak”
“Apa? Bila?”apa.. mak biar betul .. takkan lah selama ni dia sembuyi kan benda yang besar tu pada angah,”
“urmm tak pe nanti angah balik kampong mak cerita ye, angah nk solat dulu lepas solat nanti angah gerak balik kampong, assalamualaikum”
“Ya allah jika benar apa yang mak cakap tadi, alangkah bahagianya, maafkan abang lisyah, abang tahu abang bersalah pada lisyah dan anak kita “
Ya allah kau ampunkan lah dosa hambamu ini , 

cerpen- maafkan saya awak 1


“Maafkan saya “ satu suara garau yang menyapa menyentap naluri wanitanya, suara itu dia merasakan begitu dekat dengan dirinya, tak sanggup dia melihat, tanpa membalas maaf tadi dia terus berlalu tanpa melihat pemilik suara itu, baginya biarlah dia tak sanggup melihat kerana tidak mahu begitu mengharap. “ Ya Allah kau kuatkanlah hati hambamu ini, jangan kau perdayakannya dengan bisikan-bisikan yang menyesatkan.Alisyah pantas menuju ke keretanya tanpa menoleh kebelakang, waktu ni dia ingin cepat sampai ke kereta, dari jauh dia dah melihat muka masam Nur Airisyah Balqis yang sedang menantinya dan seperti yang dijangkakan “Ummi , ni pergi mana? Janji kejap je nak beli roti ni dah lama Qis tunggu.”wajah masam anak tunggalnya dipandang dengan satu senyuman, “Sorry sayang, tadi masa ummi beli roti ummi terlangar seseorang itu yang menyebabkan ummi lambat,sorry sayang.”terang ku ringkas.  Barang yang ku beli tadi pantas balqis,aku dan bibik masukkan kedalam kereta, sebab anak daraku dah merunggut lapar, inilah perangai anak ku yang tidak boleh diubah dan ianya serupa dengan perangai bekas suami ku, ya allah kenapa dia lagi yang ku ingat.
“Ummi kita ni nak duduk dalam kereta ni saja ke?”suara Airisyah Balqis dengan pantas mematikan lamunanku.
“Sorry,sayang  nak makan dekat mana,sayang cakap sahaja ummi akan bawa”aku berseloroh.
“Hari ni Qis nak makan satay lah ummi, tapi Qis nak makan dekat kajang tak nak dekat outlet dia, boleh ya ummi”
“Kita pergi dekat outlet sajalah sayang, kita makan dekat hentian rehat Guthrie dengan rumah nenek aku memujuk, bukan apa dah hampir 4 tahun aku tidak pergi ke Satay Kajang kerana di situ terlalu banyak kenangan aku dengan dia, kenapa hari ni anak ku minta ke situ pula
“ala.. bolehlah ummi, Qis tak pernah pergi sana,please ummi “rayunya dengan mimik muka yang sedih dan sabar menanti jawapan dariku
“Ok lah tapi Qis mesti janji dengan ummi Qis kena tolong ummi balik nanti ok”
“Ok lady boss,sayang ummi satu ciuman hinggap dipipiku,aku tersenyum, dan itu juga adalah tingkah laku dia setiap kali aku menurut kehendaknya,dan kini sikit demi sedikit Airisyah Balqis mengikutnya.Wajah risyah juga lebih banyak kepada miripnya daripadaku.
Dalam perjalanan balqis banyak menegurku  dan bertanya kenapa aku diam saja hari ni dan dia juga bertanya adakah permintaannya ini keterlaluan dan berkali-kali dia minta maaf kepadaku
“Ummi , ummi marah Qis ke, Qis minta maaf ya ummi,”kata nya
“ Taklah sayang, Qis tak buat salah apa pun, cuma hari ni ummi rasa ummi malas nak cakap “aku mengusiknya dan senyum
“Macam tulah ummi Qis, kan lawa dan cantik bila senyum”
“OO.. selama ni ummi ni tak cantiklah ya”usikku
“Ishh siapa cakap ummi tak cantik, ummi ni cantik tau,cun, cubby lagi  tu papa yang selalu cakap kat qis tau”dia mengusikku, betul tak bibik, dia bertanya pada pembantu rumahku yang diam saja dekat belakang.
“Ummi tadikan ada sorang uncle tu asyik pandang ummi dan Qis saja, bila Qis pandang dia balik, dia pusing arah lain, Qis rasa dia minat dengan ummi lah,nak kata handsome tak juga, tapi bolehlah, kalau banding dengan Papa Airil, papa Airil kureng sikit “katanya jujur
“Tersentap aku seketika dengan penjelasan anakku ya allah apakah itu dia, ya allah jangan kau lemahkan hati hambamu ini, ya allah jauhkan lah dia dari hidupku dan juga anakku doaku dalam hati. Tak handsome ke ,tak handsome ummi tak nak lah.
“Tapi ummi muka dia ada iras-iras muka ayah,selamba saja anakku berkata.
“Ya Allah jangan lah dia”doaku berterusan, dan ini menyebabkan aku ingin cepat-cepat balik ke negeri tempat Balqis di lahirkan.
Sedang menikmati makanan yang telah dipesan tadi ,”Nanti Qis nak ajak papa dengan abang long dan abang chik makan dekat sinilah ummi” mesti best kan ada Papa, abang long dan abang chik”
“Nur Airisyah Balqis, masa makan tak elok bercakap, papa kata ape, kalau makan masa bercakap syaitan pun turut masuk dan sebab itu kita tak kenyang-kenyang”aku menegurnya
Aku memerhati tingkah laku anakku, banyak yang diambil dari suamiku, Ya Allah. Kau lah yang maha besar,mengetahui segalanya, sedang aku memerhati anak ku  tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, aku tersenyum melihat nama pemangil dan pantas ku serahkan pada anakku, aku tahu dia tak boleh kalau tidak bercakap dengan Balqis satu hari.rindu katanya.
“Wa alaikumussalam ,papa dah makan, Risyah tengah makan, dekat satay kajang, nanti bila papa ikut Risyah dengan Ummi balik kampung kita makan dekat sini ramai-ramai ya,Ada, sekejap, papa kirim salam dengan maktok , atok, abang long dengan abang chik, I Love u to papa, sekejap.. Ummi  papa nak cakap telefon diserahkan kepadaku
“Assalamualaikum papa, ucapku
“waalaikumussalam”ummi.. bila you nak balik,anak-anak saya dah rindu dengan ummi dia ni.
Aku tersenyum dengan kata-katanya, “Awak ni kan dari dorang kecil awak gelar kan mereka macam tu , tak baik lah,beritahu mereka ummi pun rindu mereka juga.
“Ummi rindu dorang saja ke, papa dorang tak rindu?
“Papa dia tak rindu ummi pun, yang rindu ummi mereka.  ”aku mengusiknya
“Papa selalu rindu dengan ummi, cuma ummi saja tak nak ambil tahu”rajuknya.
“pa, ummi baru saja balik sini, kan ummi kata ummi cuti seminggu, ummi ajak papa ikut , papa tak nak, papa kata ada function lah, so ..jangan salahkan ummi.
Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh panggil dia papa dan ianya berterusan hingga kini,yang aku ingat ianya bermula bila aku berjumpa dengan anak-anaknya buat kali pertama dan mereka memanggil aku dengan panggilan mama, aku kata mama hanya untuk mama mereka saja , so aku menyuruh mereka memanggil ku Ummi kerana aku suruh pangil aunty mereka pula tak mahu. dan waktu pula aku tengah mengandungkan arisyah, jadi untuk tidak merasa kehilangan kasih seorang ayah dengan rela hati dia mengelarkan dirinya papa pada puteri tunggalku dan kini puteriku dah hampir empat tahun umurnya dan kasih sayang seorang ayah diterimanya penuh dari dia dan kerana cintanya pada puteri tunggalku dia meletakkan nama “Airisyah”  katanya ada sikit-sikit namanya aku mengiakan sahaja, dan dia juga lah yang menguruskan segalanya tentang Airisyah Balqis, daftar nama, dan dia jugalah yang mengazankan dan mengiqamatkan Airisyah Balqis,menitis air matanya ku lihat takkala dia memangku puteriku buat pertama kali,masih aku ingat akan katanya waktu itu “Airisyah Balqis Nor Azrien, papa janji sayang papa akan jaga Airisyah macam anak papa sendiri dan papa janji Airisyah takkan merasa kehilangan dan kekurangan sedikit pun kasih sayang seorang ayah,dan dia membuktikan apa yang dijanjikan, Nur Airisyah Balqis tidak pernah merasa kehilangan kasih seorang ayah walaupun ianya hanya kasih seorang ayah angkat,bagi Airisyah Balqis Airil adalah papanya, Irman dan Imran adalah abangnya , dan dia juga amat dimanjakan oleh abang-abang angkatnya itu, pernah dia bertanya padaku kenapa aku dengan papa Airilnya tidak tinggal serumah macam papa dan ummi kawan-kawannya. Kenapa papa  dan abang-abangnya harus tinggal dirumah maktok dan atok, Alhamdulillah Airil dapat menerangkan dengan sebaiknya kepada Airisyah dan aku begitu bersyukur kerana Nur Airisyah seorang anak yang begitu cepat memahami dan mengerti dan begitu cerdik sekali. Dan hanya Airil yang memangil puteriku dengan nama Airisyah katanya nama itu adalah khas untuk nya