Utama


Selasa, 14 Ogos 2012

Kek Gula Hangus (kukus)

Assalamualaikum ,
hari ahad hari tu aku tak tahu dah nak buat apa, then, tetiba rasa cam nak makan kek gula hangus, then aku pun pergi dapur chek kalau2 ada tak barang nak buat kek ni, then aku tengok tepung gandum ada, soda bikarbonat ada, susu pekat ada , gula dah tentu ada, mentega pun ada, yang tak de stok telur je, then aku pun g lah kedai beli telur ....semua barang dah ada, tetiba abang tanya ,

Abang : yang, nak masak guna apa, ada oven ke?
Aku: tak pe kukus pun boleh (jawab dengan yakin tu heheheh)
Abang: suka hati awak ler(berlalu ke ruang tamu layan PS2 or internet dia lah)

Aku kat dapur dah mula operasi pukul 3.30 aku dah mula dah .. xcited punya pasal.resepi nya aku ingat2 je , sebab dulu ibu pesan kalau gula 1cawan , yang lain2 pun 1 cawan. then aku pun main buat je(ikut selera aku ler.. selera ibu mengandung heheheh)

Bahan2 untuk kek gula hangus kukus aku

1 cawan Gula
1 cawan air
1cawan tepung gandum
1cawan susu pekat
2sudu besar mentega
2camca soda bikarbonat
4 biji/5 biji telur (ikut size)
sikit esen vanilla (untuk hilangkan bau telur tu je)

CAra-cara :-

BHN A:-
- masakkan gula sampai perang /warna coklat..
- kemudian bila dah warna coklat masukkan air dan masak sampai gula cair
- bila gula dah cair masukkan mentega dan kacau sampai sebati dan biarkan sejuk

BHN B:-
- pecahkan telur dan pukul hingga kembang
- kemudian masukkan susu pekat dalam adunan telur dan gaul hingga sebati

BHN C:-
Ayak tepung gandum dengan bikarbonat soda

Campurkan adunan B dengan C dan gaul sampai sebati dan tak berketul, kemudian masukkan adunan A dan kacau hingga sebati , kemudian masukkan dalam Loyang dan Perap selama 3/4 jam untuk dapatkan sarang2 yang cantik dan banyak, kalau perap kejap sarang tak banyak sangat bila dah masak

masak adunan hingga masak :
** kalau kukus lebih kurang 45 minit-1 jam

Selamat mencuba....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan