Rindu
betul dengan Airisyah baru dua hari aku tak jumpa dengannya, anak-anak ku pula
asyik tanya bila ummi nak balik, bila ummi nak balik.
“Papa,
bila ummi dengan adik nak balik sini, lama ke dorang balik kampung ummi tu,
adik tak rindu dekat kami ke”anak sulung ku menyoal
“Abanglong,
ummi baru je balik kampung dua hari, ummi kata ummi balik seminggu”jelasku
“Papa
jomlah kita pergi kampung ummi, abanglong rindulah dengan adik, tak bestlah
adik tak de,sunyi je rumah maktok ni, tengok maktok pun rindu adik “anak
bongsuku pula menyampuk
Ini
dah kes berat ni,nanti anak-anak aku pula yang demam sebab rindu dengan ummi
dan adiknya, ialah selalunya kalau alisyah balik kampung anak-anakku ikut
sekali jadi mereka tak merasa sunyi , yang sunyinya aku sebab tinggal
sorang-sorang , sebab tu aku tak izinkan mereka ikut ummi mereka kali ni, sebab
aku bercadang nak bawa meraka ke Singapura melawat Universal Studio Singapore,
nampaknya terpaksalah aku menukar rancangan ,
“Ok,
apa kata kita suprise dekat ummi, so apa lagi pergi kemas baju , kita ajak ummi
pergi bercuti sekali dengan kita”aku memberi cadangan, apalagi bersorak sakan
anak terunaku
“Apa
kena along dengan achik tu airil, suka benar mak tengok”tiba-tiba mak menegurku
“saya
suruh mereka kemas baju-baju mereka , saya nak bawa mereka bercuti,”jawabku
“jadilah
kamu ke singapura esok”mak inginkan kepastian
“Bukan
Singapura tapi Kuala Lumpur, sibuk sangat dorang tu rindu dengan ummi dengan
adik ,siap ajak balik kampung ummi dia lagi tu, “aku menjelaskan
“Eloklah
airil, mak pun sunyi juga bila adik tak de, kalau tidak masa ni bising mulut
dia bercerita bertanya macam-macam,bila kamu nak bertolak
“Sekejap
lagi kenapa mak nak ikut ke?tanya ku
“Ish
kamu ni, bukan nak ikut, mak nak kirim barang, kalau betul kamu jumpa alisyah
“barang
ape, ni yang saya jeles ni”
“Untuk
anak dara kamu tu lah, dia kan suka makan coklat moist , mak buat tadi sebab
teringat dekat dia, kebetulan kamu nak jumpa dia kamu bawa sekali ya, cakap kat
dia maktok rindu dekat dia
“ala
mak kalau rindu mak telefon je lah alisyah , 3G lagi, aku mengusik
“banyak
lah 3G kamu,airil, ingat mak macam kamu hari –hari telefon alisyah tu , airil mak tak kisah kalau kamu betul sukakan
dia, mak tahu dia lebih tua daripada kamu, tapi mak tengok anak-anak kamu tu
sayang sangat dia, sayang sangat dengan adik tu, kamu fikir lah sampai bila
kamu nak berdendam, nanti kamu yang putih mata baru kamu tahu”
“entahlah
mak, kalau dulu mungkinlah saya belum sedia untuk menerimanya, tapi makin lama
saya makin sayang dengan dia, Cuma mungkin disebabkan selama ni saya layan dia
dan anggap dia kawan , dia masih ingat macam tu “
“ke
kamu nak mak yang tanya”
“tak
perlulah nanti saya yang akan tanya sendiri”aku memberitahu mak
Alisyah
Izaira satu nama yang mana aku kenali dalam sebuah kelab, yang aku turut serta,
masih terbayang dalam mindaku detik pertama aku berjumpa dengan insan yang aku
kenali dengan Izaira, pada mula perkenalan aku ingatkan dia belum lagi
berkahwin dan yang ikut serta dengan dia tu Cuma teman lelaki dia sahaja,aku
memberanikan diri untuk menegurnya dlam chat, dan dari situ kami makin rapat
sampai lah satu hari aku memberanikan diri bertanya boyfriend u sihat tak, dan
jawapan yang aku terima boyfriend alhamdulllah sihat. Bila aku tanya bila nak
kahwin , jawapannya kahwin, itu suami sayalah awak. Dan dari situ aku mula
menjauhkan diri darinya.bukan apa, aku tak nak menganggu rumah tangga orang dan
kebahagian orang, hinggalah satu ketika aku melihat dia mengalami masalah
rumahtangga dan dari situ aku menjadi teman untuk dia meluahkan segalanya dan
aku menerima dengan hati yang penuh terbuka, pada masa yang sama dia tengah
mengandungkan anak sulungnya, suaminya tidak tahu dan dia langsung tidak
mempedulikan alisyah, dan alisyah tak boleh tinggal di negeri asalnya kerana
katanya banyak kenangan antara dia dengan suami, akhirnya aku menyuruh dia
datang ke negeri ku kerana aku berjanji yang akan menjaga dia dan anaknya dan
hingga kini aku menunaikan janjiku, kerana aku begitu menyanyanginya, tapi
hingga kini aku masih menanti jawapan dari dia, sudah 4 tahun aku menanti,
dengan penuh sabar dan tabah, Sejak 4 tahun dia tinggal disini aku rasakan
menjaga alisyah adalah tanggungjawabku walaupun aku tahu ramai yang mengambil
berat tentang dirinya dan juga Airisyah Balqis. Aku sendiri tak tahu apa yang
berlaku dengan Azri selepas dia menceraikan Alisyah kerana alisyah bersalin pun
di daerah ini negeri yang jauh dari tempat asalnya, ini disebabkan alisyah tak
nak Azri tahu di mana dia tinggal, nasib baik masa dia menguruskan
dokumen-dokumen Airisyah ayah dan ibu alisyah ada disini jadi setiap urusanku Ayah alisyah lah yang
menjadi saksi dan segala surat dan bukti perkahwinan dan penceraian alisyah ada
bersamanya, masa pantang maklah yang menjaga alisyah dan mak juga lah hingga
sekarang sudi menjaga Airisyah,kata mak biar dia sahaja yang jaga Airisyah lagipun dia bukan ada kerja pun nak buat. Dan
kini sudah 4 tahun kehadiran sicomel
yang keletah dan banyak mulut tu begitu menceriakan kehidupan keluargaku, ayah
sayang betul dengan Airisyah, kata ayah Airisyah cucu tunggal perempuan dia
mana-mana dia pergi hanya Airisyah yang dia ingat.”Papa rindu dengan Risyah
sayang” “papa dah siap”hilang sekejap semangat aku dengan budak-budak bertuah
ni tau, tak bagi can langsung aku berangan, “papa ni kenapa menung je , rindu
adik ke rindu ummi ce citer ce citer “anak sulungku mengajuk satu dialog dalam
cerita hantu kak limah balik rumah yang begitu popular saat ni.
“dah
siap.ok. pergi salam mak tok ngan atok,”suruhku, anak-anakku pantas mencari
datuk dan maktok mereka. Tak sabar betul anak-anak aku ni lah kalau nak jumpa
umminya.
*******
*******
azrien tertanya sendiri dalam dirinya ,dan hatinya begitu
terdetik.
Betul
ke, atau hanya bayangan sahaja, tapi anak siapa yang bersamanya,sudah berkahwin
ke dia, setahu aku kalau anak buahnya lelaki , tapi kenapa kanak-kanak itu
panggil “ummi” mesra sekali aku
lihat. Comel dan bijak anak kecil yang bersamanya.
Sedang
dia asyik melayan perasaan , telefon bimbitnya berbunyi ,dilihat nama pemanggil
tersebut, “MAK” mesti ada benda ,mak telefon ni, ialah mak memang jarang sekali
telefon aku lebih-lebih lagi sejak aku dengan alisyah bercerai, mak memang
merajuk betul dengan aku, dan memang terasa hati dengan aku,betul kata mak aku
dengan perempuan yang menyebab kan aku
dengan alisyah takkan kekal lama, dan takkan sampai kemana pun,perhubungan itu
hanya separuh jalan sahaja, aku pernah mencari alisyah tapi jawapan yang
kuterima hampa sekali , aku dengan tebal muka telah berjumpa dengan bekas kedua
mertua ku bertanya kan alisyah,jawapannya alisyah dah bertukar , dan kemana dia
bertukar tiada siapa yang memberitahu. Puas ku tanya kepada sahabat- sahabat
baiknya malah kepada ahli kelab pun aku bertanya jika meraka ada berjumpa
dengan alisyah, tapi semua jawapan yang kuterima hanya hampa belaka,
“Assalamualaikum
mak”
“Angah
baru balik dari beli barang kenapa mak”
“Apa?
Bila?”apa.. mak biar betul .. takkan lah selama ni dia sembuyi kan benda yang
besar tu pada angah,”
“urmm
tak pe nanti angah balik kampong mak cerita ye, angah nk solat dulu lepas solat
nanti angah gerak balik kampong, assalamualaikum”
“Ya
allah jika benar apa yang mak cakap tadi, alangkah bahagianya, maafkan abang
lisyah, abang tahu abang bersalah pada lisyah dan anak kita “
Ya
allah kau ampunkan lah dosa hambamu ini ,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan