Riuh
rendah umah ibu dan ayah aku bila Airil sampai semalam, ialah haikal dah ada
kawan, dan yang sibongsu pulak mulalah mengada-ngada bila jumpa papanya hari ni
aku tengok ayah senyum je melayan cucu-cucunya kat belakang sambil ditemani
Airil entah apa yang dibualnya berdua aku pun tak tahu sebenarnya ini adalah
kali kedua Airil datang ke kampung ku , mula-mula dulu masa dia hantar aku
sebab nak raya dan masa tu arisyah masih kecil lagi, dan inilah kali keduanya
dia hadir setelah puas ku ajak , aku sendiri tak tahu apa mimpinya sehingga dia
sampai ke sini, Masih aku ingat detik semalam waktu dia sampai kesini,
mula-mula aku ingat arisyah hanya main-main bila dia cakap “ummi papa dah
sampai”
Bila
aku turun ke bawah memang aku melihat dia dan anak-anak, memang terkejut betul
aku dibuatnya lebih –lebih lagi bila along ngan acik meluru pada ku “SURPRISE UMMI” yang mampu ku
lakukan pada waktu itu hanya lah senyum
“Senyum
sorang-sorang” satu tepukan lembut hinggap dibahuku dan dengan pantas hilang
segala lamunan ku
“umm
kamu ima, along ingat sapa tadi”
“menung
apa tu, jauh je ima tengok”adik iparku menegur
“Tak
de apa, ralit tengok budak-budak kat belakang tu”pantas aku menjawab
“Tengok
anak-anak ke tengok bapanya ima mengusik ku
“Ish
kamu ni, dia anggap along kawan ajelah ima, dari dulu lagi, dia kata we just
friend only “along ingat lagi masa dia cakap dengan budak kelab kat JB, sape
lah along ni ima, janda, dan tua pada dia, takkan dia nak dengan along ni
lagipun ramai awek-awek yang cun minat dengan dia,takkan dia pandang along kamu
ni”
“itu
kata along,” adik iparku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang kuperkatakan
“Along
tengok tu, manja betul isyah dengan abg Airil, tengok ayah pun ok je dengan dia,
haikal pun ok je siap panggil papa long lagi
Sedang
aku dengan ima berbual kosong “Ummi papa kata , papa nak bawak pergi holiday
kat Cameron highland nak tak ummi” isyah anak daraku berkata
“Cameron
highland?”urmm cakap ngan papa taknak lah Cameron kita pergi genting lah baru
happening boleh minta discount kat papa chu”
“ok
nanti adikcakp ngan papa,ummi hari ni ummi tak sayang adik lagi tau, mama chu
dah sayang dah”
“tak
sayang lagi ke,tadi masa isyah bangun pagi-pagi tadi siapa yang sayang Qis bukan
ummi ke”aku mengusik anak dara ku
“Opss
sori ummi lupa, adik nak pergi kat belakang balik tau, pantas dia ke belakang.
Aku
dan ima menyiapkan hidangan untuk makan tengahari, sambal kentang dengan ikan
bilis, masak lemak cili api pucuk ubi dengan jering,goreng ikan masin , ikan kembung
goreng,sambal belacan ,ulam timum. dan sayur campur , siap sudah menu untuk
makan tengahari, sedang aku dengan ima sediakan tempat untuk makan tengahari
maksu dan mak itam datang satu family meriah betul masa tu,
Yang
seronok isyah sebab dia yang paling bongsu , jadi ramai lah yang melayannya.
“Airil bila kamu sampai” Pak itam bertanya
“Mlm
tadi pak itam, budak dua orang tu sibuk sangat nak jumpa ummi dan adik , tu
yang datang”
“Bukan
papa kata, papa rindu ummi ke”Airisyah meyampuk selamba
“Airisyah Balqis…!aku
meninggikan suaraku
“Maaf
ummi”
Airil
senyum sahaja dengan apa yang diperkatakan oleh isyah,
“Hidangan
dah siap jom lah makan”ayah mengajak, mungkin dah lapar kot ialah jam pun dah
menunjukkan pukul 1.00 tengahari mahunya tak lapar
“Adik
nak duduk sebelah papa dan ummi”aku terdengar suara isyah
“Mana
boleh adik perempuan duduk sebelah ummilah”Arif mengusik,
“Tak
nak,adik nak duduk sebelah papa dan ummi juga, abang long lah duduk sebelah
ummi”Balqis masih tak nak mengalah
“Tak
boleh..”alif pulak mengusik
“Nak
jugakkkkkk”
“Ialah-ialah
adik duduk tengah-tengah antara papa dengan ummi,abang long ngan abang achik
kalih sikit, tak baik bergaduh depan rezeki” Airil meleraikan
“Ishh,
hari-hari macam ni “getusku pelahan
Aku
lihat semua memerhatikan aku sambil tersenyum
“adik
pergi duduk dengan atok dan nenek lah nak,”aku mengusik
“Tak
nak, ummi tak Nampak ke abang haikal dah duduk tu”jawabnya pantas
“dah
lah tu along yang kamu tu pun satu suka sangat mengusik anak kamu tu”ayah
bersuara
“Geram-geram
dengan perangai dia ni, mengada-ngada lebih-lebih lagi bila ada papa airil dia
ni, lagi naik lemak dia” kataku
“Dahlah
tu awak, makan je karang tercekik pulak” Airil menegur ku sambil menjeling
tanda tak puas hati aku marah pada anak daranya
*********
“Betul
ke mak?”azri ingin kan kepastian
“Betul,dia
sendiri yang datang dengan anak kamu tu, dia minta maaf sebab merahsiakan
semuanya, dia buat semua tu sebab tak nak kamu rasa berbelah bagi dengan
keputusan yang kamu dah buat, : mak memberitahu ku
“angah
rasa bersalah pada dia mak”luahku kesal
“tak
guna angah, kamu yang buang dia, kamu yang tak nak dia, kamu abaikan dia, mak
tengok dia dah bahagia, anak kamu comel angah perempuan, Nur Airisyah Balqis namanya,keletah
betul seronok mak akhirnya mak ada juga cucu dari kamu angah,:mak bercerita
dengan penuh ceria.
“dia
duduk mana sekarang mak”
“Dia
tak beritahu pula pada mak, dia duduk mana sekarang, tapi yang mak tahu dia
sekarang ni tengah bercuti”
Aku
teringat akan peristiwa semalam, dimana aku berjumpa dengan alisyah, walaupun dia
tidak memandangku namun aku tahu itu dia dan disebabkan itu aku mengekorinya
tanpa disyaki dan diwaktu yang sama dia begitu asyik melayan keletah anak kecil
yang begitu manja dan bijak sekali, masih jelas diingatan ku akan wajah anak
kecil itu , memang comel dan begitu keletah, ya allah zuriat ku rupanya,
“maafkan
abang sayang, abang terleka sebentar hingga abang kehilangan kamu dan anak
kita”
“Oitt.menung
pulak dia, orang bercerita dia menung, apa yang kamu menungkan angah”mak
bertanya
“mak
sebenarnya semalam saya terjumpa alisyah dekat pasaraya, dan saya dah pun lihat
anak saya ma, tapi saya tak tahu itu anak saya”luahku
‘urmm
dah lah angah, kamu yang salah,mana dia perempuan yang kamu sanjung, yang kamu
puja tu, yang menyebab kan hati dan perasaan alisyah hancur hingga dia bawa
diri tanpa memberitahu dimana dia berada, hati ayah mana yang tak kecewa bila
anak gadisnya dipersia-siakan sebab tu keluarga mertua kamu tak memberitahu
dimana alisyah sebab mereka tak mahu kamu lukakan lagi hati anak mereka. Sekarang
kamu rasalah angah, macam mana perasaan seorang ayah:mak berceramah pendek
Aku
hanya mampu diam seribu bahasa kerana apa yang diperkatakan oleh mak memang
benar,
“Ayah
begitu kecewa sekali, begitu juga dengan semua ahli keluarga mertuaku”
Kenangan 5 tahun lalu mengamit kenangan ku
“Kenapa
abang buat aira macam ni, apa salah aira
abang”
“aira
tak salah apa-apa, tapi abang rasa mungkin rezeki aira dengan orang lain,
rezeki abang dengan orang lain” jelasku
“Kenapa
baru sekarang abang ungkit semua ni, dulu abang kata mungkin belum rezeki kita,
kenapa tiba-tiba saja abang ungkit semua ni”
“sampai
bila aira, sampai bila kita nak tunggu”jelas ku
“Aira
nak buat macam mana abang yang tak suka aira, abang yang buang abang,aira redha
“
Dan
akhirnya aku bercerai dengan aira dengan talak 1 dan masa yang sama aira
disahkan mengandung, tapi tanpa pengetahuan aku, dan aira tak memberitahu aku
langsung pun akan berita itu,
Salah
aku juga, lepas saja aku dengan aira bercerai aku langsung tak mempedulikannya,
selagi urusan pembayaran wang iddah dan mutaah adalah melalui bank, dan aira
pun tak pernah menuntut wang nafkhah untuk anak nya begitu sekali aira menyembunyikannya
dari ku, kenapa aira buat abang macam ni sayang.. kenapa aira dera abang sampai
macam tu sekali,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan