“Maafkan
saya “ satu suara garau yang menyapa menyentap naluri wanitanya, suara itu dia
merasakan begitu dekat dengan dirinya, tak sanggup dia melihat, tanpa membalas
maaf tadi dia terus berlalu tanpa melihat pemilik suara itu, baginya biarlah
dia tak sanggup melihat kerana tidak mahu begitu mengharap. “ Ya Allah kau
kuatkanlah hati hambamu ini, jangan kau perdayakannya dengan bisikan-bisikan
yang menyesatkan.Alisyah pantas menuju ke keretanya tanpa menoleh kebelakang,
waktu ni dia ingin cepat sampai ke kereta, dari jauh dia dah melihat muka masam
Nur Airisyah Balqis yang sedang menantinya dan seperti yang dijangkakan “Ummi ,
ni pergi mana? Janji kejap je nak beli roti ni dah lama Qis tunggu.”wajah masam
anak tunggalnya dipandang dengan satu senyuman, “Sorry sayang, tadi masa ummi
beli roti ummi terlangar seseorang itu yang menyebabkan ummi lambat,sorry
sayang.”terang ku ringkas. Barang yang
ku beli tadi pantas balqis,aku dan bibik masukkan kedalam kereta, sebab anak
daraku dah merunggut lapar, inilah perangai anak ku yang tidak boleh diubah dan
ianya serupa dengan perangai bekas suami ku, ya allah kenapa dia lagi yang ku
ingat.
“Ummi
kita ni nak duduk dalam kereta ni saja ke?”suara Airisyah Balqis dengan pantas
mematikan lamunanku.
“Sorry,sayang nak makan dekat mana,sayang cakap sahaja ummi
akan bawa”aku berseloroh.
“Hari
ni Qis nak makan satay lah ummi, tapi Qis nak makan dekat kajang tak nak dekat
outlet dia, boleh ya ummi”
“Kita
pergi dekat outlet sajalah sayang, kita makan dekat hentian rehat Guthrie dengan
rumah nenek aku memujuk, bukan apa dah hampir 4 tahun aku tidak pergi ke Satay
Kajang kerana di situ terlalu banyak kenangan aku dengan dia, kenapa hari ni anak
ku minta ke situ pula
“ala..
bolehlah ummi, Qis tak pernah pergi sana,please ummi “rayunya dengan mimik muka
yang sedih dan sabar menanti jawapan dariku
“Ok
lah tapi Qis mesti janji dengan ummi Qis kena tolong ummi balik nanti ok”
“Ok
lady boss,sayang ummi satu ciuman hinggap dipipiku,aku tersenyum, dan itu juga
adalah tingkah laku dia setiap kali aku menurut kehendaknya,dan kini sikit demi
sedikit Airisyah Balqis mengikutnya.Wajah risyah juga lebih banyak kepada
miripnya daripadaku.
Dalam
perjalanan balqis banyak menegurku dan
bertanya kenapa aku diam saja hari ni dan dia juga bertanya adakah permintaannya
ini keterlaluan dan berkali-kali dia minta maaf kepadaku
“Ummi
, ummi marah Qis ke, Qis minta maaf ya ummi,”kata nya
“
Taklah sayang, Qis tak buat salah apa pun, cuma hari ni ummi rasa ummi malas
nak cakap “aku mengusiknya dan senyum
“Macam
tulah ummi Qis, kan lawa dan cantik bila senyum”
“OO..
selama ni ummi ni tak cantiklah ya”usikku
“Ishh
siapa cakap ummi tak cantik, ummi ni cantik tau,cun, cubby lagi tu papa yang selalu cakap kat qis tau”dia
mengusikku, betul tak bibik, dia bertanya pada pembantu rumahku yang diam saja
dekat belakang.
“Ummi
tadikan ada sorang uncle tu asyik pandang ummi dan Qis saja, bila Qis pandang
dia balik, dia pusing arah lain, Qis rasa dia minat dengan ummi lah,nak kata
handsome tak juga, tapi bolehlah, kalau banding dengan Papa Airil, papa Airil kureng
sikit “katanya jujur
“Tersentap
aku seketika dengan penjelasan anakku ya allah apakah itu dia, ya allah jangan
kau lemahkan hati hambamu ini, ya allah jauhkan lah dia dari hidupku dan juga
anakku doaku dalam hati. Tak handsome ke ,tak handsome ummi tak nak lah.
“Tapi
ummi muka dia ada iras-iras muka ayah,selamba saja anakku berkata.
“Ya
Allah jangan lah dia”doaku berterusan, dan ini menyebabkan aku ingin
cepat-cepat balik ke negeri tempat Balqis di lahirkan.
Sedang
menikmati makanan yang telah dipesan tadi ,”Nanti Qis nak ajak papa dengan
abang long dan abang chik makan dekat sinilah ummi” mesti best kan ada Papa,
abang long dan abang chik”
“Nur
Airisyah Balqis, masa makan tak elok bercakap, papa kata ape, kalau makan masa
bercakap syaitan pun turut masuk dan sebab itu kita tak kenyang-kenyang”aku
menegurnya
Aku
memerhati tingkah laku anakku, banyak yang diambil dari suamiku, Ya Allah. Kau
lah yang maha besar,mengetahui segalanya, sedang aku memerhati anak ku tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, aku
tersenyum melihat nama pemangil dan pantas ku serahkan pada anakku, aku tahu
dia tak boleh kalau tidak bercakap dengan Balqis satu hari.rindu katanya.
“Wa
alaikumussalam ,papa dah makan, Risyah tengah makan, dekat satay kajang, nanti
bila papa ikut Risyah dengan Ummi balik kampung kita makan dekat sini
ramai-ramai ya,Ada, sekejap, papa kirim salam dengan maktok , atok, abang long
dengan abang chik, I Love u to papa, sekejap.. Ummi papa nak cakap telefon diserahkan kepadaku
“Assalamualaikum
papa, ucapku
“waalaikumussalam”ummi..
bila you nak balik,anak-anak saya dah rindu dengan ummi dia ni.
Aku
tersenyum dengan kata-katanya, “Awak ni kan dari dorang kecil awak gelar kan
mereka macam tu , tak baik lah,beritahu mereka ummi pun rindu mereka juga.
“Ummi
rindu dorang saja ke, papa dorang tak rindu?
“Papa
dia tak rindu ummi pun, yang rindu ummi mereka. ”aku mengusiknya
“Papa
selalu rindu dengan ummi, cuma ummi saja tak nak ambil tahu”rajuknya.
“pa,
ummi baru saja balik sini, kan ummi kata ummi cuti seminggu, ummi ajak papa
ikut , papa tak nak, papa kata ada function lah, so ..jangan salahkan ummi.
Aku
sendiri tak tahu macam mana aku boleh panggil dia papa dan ianya berterusan
hingga kini,yang aku ingat ianya bermula bila aku berjumpa dengan anak-anaknya
buat kali pertama dan mereka memanggil aku dengan panggilan mama, aku kata mama
hanya untuk mama mereka saja , so aku menyuruh mereka memanggil ku Ummi kerana
aku suruh pangil aunty mereka pula tak mahu. dan waktu pula aku tengah mengandungkan
arisyah, jadi untuk tidak merasa kehilangan kasih seorang ayah dengan rela hati
dia mengelarkan dirinya papa pada puteri tunggalku dan kini puteriku dah hampir
empat tahun umurnya dan kasih sayang seorang ayah diterimanya penuh dari dia
dan kerana cintanya pada puteri tunggalku dia meletakkan nama “Airisyah” katanya ada sikit-sikit namanya aku mengiakan
sahaja, dan dia juga lah yang menguruskan segalanya tentang Airisyah Balqis,
daftar nama, dan dia jugalah yang mengazankan dan mengiqamatkan Airisyah Balqis,menitis
air matanya ku lihat takkala dia memangku puteriku buat pertama kali,masih aku
ingat akan katanya waktu itu “Airisyah Balqis Nor Azrien, papa janji sayang
papa akan jaga Airisyah macam anak papa sendiri dan papa janji Airisyah takkan
merasa kehilangan dan kekurangan sedikit pun kasih sayang seorang ayah,dan dia
membuktikan apa yang dijanjikan, Nur Airisyah Balqis tidak pernah merasa
kehilangan kasih seorang ayah walaupun ianya hanya kasih seorang ayah
angkat,bagi Airisyah Balqis Airil adalah papanya, Irman dan Imran adalah
abangnya , dan dia juga amat dimanjakan oleh abang-abang angkatnya itu, pernah
dia bertanya padaku kenapa aku dengan papa Airilnya tidak tinggal serumah macam
papa dan ummi kawan-kawannya. Kenapa papa
dan abang-abangnya harus tinggal dirumah maktok dan atok, Alhamdulillah Airil
dapat menerangkan dengan sebaiknya kepada Airisyah dan aku begitu bersyukur
kerana Nur Airisyah seorang anak yang begitu cepat memahami dan mengerti dan
begitu cerdik sekali. Dan hanya Airil yang memangil puteriku dengan nama Airisyah
katanya nama itu adalah khas untuk nya
satu yang menarik
BalasPadam