Warkah Cinta Terakhir Buat Insan Yang Bergelar suami
Assalamualaikum sayang.. seandainya ini warkah ku yang terakhir maafkan aku sekiranya apa yang kulakukan menyingung hati dan perasaan mu.
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh
tersungkur di penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan
saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya mencintai awak, saya
telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir
tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula
terfikir... saya mengembara ke hujung dunia mencari awak... rupanya awak
ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati
awak. Nyata saya telah menemuinya. Akhirnya awak telah memiliki cinta
saya, awak campakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.
Di sana saya tidak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan dan
akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.
Saya sedih sangat bila awak kata awak tidak tahu apa sebenarnya yang
awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini, saya merasakan awak masih belum
cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tidak akan pernah
dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada
seseorang. Jadi selama ini, siapa saya di hati awak?
Awak...
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan
berkali-kali. Tetapi saya pula seorang perempuan yang percaya bahawa
dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita
hidup sekali, mati sekali, menyintai sekali.Awak Melangkah pergi
meninggalkan saya dan ianya telah mengambil seluruh kekuatan yang saya
ada awak Jangan anggap saya bencikan awak. Bagaimana harus saya
membenci, sedangkan setiap hari saya merindui awak. Setiap saat saya
mengingati awak. Seumur hidup ini saya mencintai awak. dalam doa saya
tidak terlepas saya kirimkan buat awak seusai solat saya agar saya dapat
berjumpa dengan awak lagi.. kerana rindu saya tidak pernah hilang
walaupun sedetik....
Awak...
Sebelum saya menghilangkan diri
dari dunia awak buat selamanya, ingin saya nyatakan sesuatu yang awak
tidak pernah tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana
cinta saya pada awak... inilah jawapan saya - "kalaulah satu hari awak
kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat
bersuara semula... meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamanya. Dan
kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati
saya kepada awak agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu
saya tiada lagi di dunia ini (awak tidak pernah tahu).dan takkan pernah
ambil tahu kerana siapalah saya dihati awak kan..."
Awak...
Kerana saya mencintai awaklah saya mendiamkan diri. walaupun hati saya
sakit awak lakukan tapi sedetik pun saya tidak pernah membenci awak.
Supaya awak dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan
semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.
Awak...
Saya percaya Allah temukan kita kerana ada hikmah di sebalik semua ini.
Saya tidak pernah kesal mengenali awak kerana sekurang-kurangnya saya
telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya. Saya juga percaya,
andai benar kita punya jodoh... awak pastinya akan kembali kepada saya
dan saya juga ingin belajar pasrah pada ketentuan Allah, kalaupun awak
takkan pernah kembali pada saya lagi nanti ,saya akur... mungkin itu
yang terbaik.dan akhirnya jawapan itu saya temui dan saya gembira
sangat2 awak, tapi awak tak tahu kan sebab bagi awak semua itu biasa
je,tapi tidak bagi saya awak...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan