Utama


Rabu, 30 Julai 2025

Aku

 Lama rasanya tak bertamu disini,satu Tika dulu sinilah tempat untuk aku meluah segalanya,disinilah bicaraku terungkap,kenapa disini sebab tiada siapa yang menjadi bahu sandaran pada aku.kalau dulu ada adik yg selalu mendengar segala,ada yang ada sat aku jatuh, 

Allah kuatkan hati hambamu, yang kian hari kian lemah,

Ahad, 30 Julai 2017

adakah aku redha

Ya allah.
Betapa aku hampir kalah saat ini, adakah aku redha, dengan apa ketentuan mu,
Ya allah hamba mu ini makin lemah, makin kalah dalam meniti hari2 yang mendatang.
Sesungguhnya berat mana lagi dugaan yang akan engkau berikan...
aku tahu setiap dugaan yang engkau berikan sesungguhnya ada hikmah disetiap dugaan yang engkau berikan tapi aku hanya seorang insan yang kadangkala aku alpa seketika.
Ku mohon dari mu Kuatkan aku Tabahkan Hati ku dalam meniti setiap detik detik kehidupan yang bakal ku lalui di masa akan datang

AimiraAzra
30 Julai 2017
Salad Ayam...

semalam menu buka puasa salad ayam simple je.. menu main campak2je   ikut suka lah nak letak apa... aku yang makan kan so ikut selera aku lah.
Nak resepi ... sonang je..resepi dian

Salad..
Mayonis
Perahan Lemon
Ayam Panggang/ayam goreng -(dada)
Nak Pedas Letaklah Chili Bengala
Timun Jepun
Madu
Kobis Merah
Sikit lah Lada Sulah dan Lada Hitam

Itu Je Aku Letak..
 Kalau Korang Nak Cuba buatlah...

Rabu, 8 Mac 2017

TAHUN 2017

Assalamualaikum...
Fuhhh lama betul tak jenguk kat sini.. nak kata busy tak juga urmm biasalah tak de mende yang nak di story morie kan.. so duk berabuk dan bersawang je lah blog aku ni,
Sejak duk kat unit baru ni kira aku releks sikitlah.. kenapa bcoz kat unit ni aku tak delah koje yang datang kejut mengejut cam hari ni ko minta hari ni ko nak, pagi ko bagi petang ko nak ... duk sini so far aku tak delah dapat koje yang cam tu cuma kekadang tu bila nak balik lah ada koje yang tetiba sampai tapi tak delah nak hari tu juga, keje kat unit ni memang best.. sempoi and releks boss dia memang Torrbaiiikkk..

Jumaat, 14 Oktober 2016

Resepi: Roti Flaxseed

Bahan-bahan:

- 2 cawan flaxseed (aku sukat 1 bekas blender kering) dikisar halus
- 3 biji telur
- 1 sudu baking powder
- secubit garam
- pemanis gantian (aku guna palsweet 2 paket)
- 1/2 cawan air
- 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:
- kisar flaxseed jadi tepung (ikut suka kalau nak kisar kasar pun boleh)
- campurkan semua bahan kering n gaul rata
- masukkan pula bahan basah, gaul rata
- rehatkan adunan dalam 5-10minit
- masukkan dlm dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 250C
- siap masak keluar dan sejukkan roti. bolehlah potong ikut size yang disukai. sedia utk dimakan.

* adunan ni tak jadi doh mcm buat roti biasa. dia seakan-akan adunan cekodok yang pekat. jadi kacau pakai sudu sudah memadai tak payah nak menguli bagai.

Jumaat, 17 Jun 2016

Warkah cinta terakhir buat seorang insan bergelar suami

Warkah Cinta Terakhir Buat Insan Yang Bergelar suami

Assalamualaikum sayang.. seandainya ini warkah ku yang terakhir maafkan aku sekiranya apa yang kulakukan menyingung hati dan perasaan mu.
 
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur di penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya mencintai awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terfikir... saya mengembara ke hujung dunia mencari awak... rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya telah menemuinya. Akhirnya awak telah memiliki cinta saya, awak campakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tidak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.
Saya sedih sangat bila awak kata awak tidak tahu apa sebenarnya yang awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini, saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang. Jadi selama ini, siapa saya di hati awak?
Awak...
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tetapi saya pula seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita hidup sekali, mati sekali, menyintai sekali.Awak Melangkah pergi meninggalkan saya dan ianya telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada awak Jangan anggap saya bencikan awak. Bagaimana harus saya membenci, sedangkan setiap hari saya merindui awak. Setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya mencintai awak. dalam doa saya tidak terlepas saya kirimkan buat awak seusai solat saya agar saya dapat berjumpa dengan awak lagi.. kerana rindu saya tidak pernah hilang walaupun sedetik....

Awak...
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak buat selamanya, ingin saya nyatakan sesuatu yang awak tidak pernah tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana cinta saya pada awak... inilah jawapan saya - "kalaulah satu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula... meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamanya. Dan kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya kepada awak agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tidak pernah tahu).dan takkan pernah ambil tahu kerana siapalah saya dihati awak kan..."

Awak...
Kerana saya mencintai awaklah saya mendiamkan diri. walaupun hati saya sakit awak lakukan tapi sedetik pun saya tidak pernah membenci awak. Supaya awak dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak...
Saya percaya Allah temukan kita kerana ada hikmah di sebalik semua ini. Saya tidak pernah kesal mengenali awak kerana sekurang-kurangnya saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh... awak pastinya akan kembali kepada saya dan saya juga ingin belajar pasrah pada ketentuan Allah, kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya lagi nanti ,saya akur... mungkin itu yang terbaik.dan akhirnya jawapan itu saya temui dan saya gembira sangat2 awak, tapi awak tak tahu kan sebab bagi awak semua itu biasa je,tapi tidak bagi saya awak...........

Rabu, 8 Jun 2016

Bulan Ramadhan 2016

Assalamualaikum,...
Alhamdulillah dapat juga menyambut bulan ramadhan tahun ni.. dan tahun ni tahun yang ke 10 menyambut Ramadhan bersama en. suami alhamdulillah, Tahun ni juga sambut 1st day puasa kat kampung.. Kali ni juga 1st time aku berpuasa  di unit baru.. Unit perolehan dan Pengurusan aet.. alhamdulillah rasa sama cam puasa kat unit lama. Sempena bulan ramadhan yang mulia ini ira dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia semoga  ramadhan kali ini diberkati  insyallah.