Cinta Yang kau mulakan
Masihkah ingat masihkah terkenang
Salam dihulur salam kujawabkan
Berputiklah rasa di dalam perasaan
Cinta yang kau ukirkan
Sungguh indah amat gemilang
Jiwa gelora hati riang
Begini keadaan alam percintaan
Cinta yang kau tinggalkan
Bagai belati tersusuk menikam
Terasa pahit untuk kutelan
Hendak dibuang terasa sayang
Cinta yang kini hilang
Segala hanya tinggal bayangan
Tak mampu kupadam segala kenangan
Biar pedih akan tetap kusimpan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Cinta. Papar semua catatan
Rabu, 13 Jun 2012
Cinta
Sebuah kisah Cinta Sejati, kisah nyata yg pernah terjadi di bumi ini...
Sekian ratus tahun yang lalu...
Sekian ratus tahun yang lalu...
Di
malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa
luasnya... seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak
biasanya sang suami pulang larut malam. Sang isteri bingung.... hari
sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak
terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di
tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu... namun,
rasa mengantuk semakin menjadi-jadi dan sang suami tercinta belum juga
pulang.
Tak berapa lama kemudian....seorang laki-laki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Laki-laki ini adalah suami sang isteri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika akan mengetuk pintu... terfikir olehnya sang isteri yang tengah terlelap tidur.... ah, sungguh ia tak ingin membangunkannya. Tanpa berfikir panjang, ia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga ia membentang serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri terkasihnya, sang suami lebih memilih untuk tidur di luar rumah.. di depan pintu... dengan udara malam yang dingin melilit... hanya beralaskan selembar serban tipis. Penat dan lelah beraktifitas seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi.. kerana tak ingin membangunkan isetri tercinta. Subhanallah...
Dan ternyata, di dalam rumah.. persis di balik pintu tempat sang suami membentang serban dan berbaring diatasnya....sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang isteri di balik pintu. Tak terlintas sedikitpun di dalam fikirannya hendak berbaring di tempat tidur, sementara suaminya masih juga belum pulang. Namun, kerana khuatir rasa ngantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu sang suami ketika pulang, ia memutuskan untuk menunggu sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya. Malam itu... tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana... kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.... sang isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada sang suami dan sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada sang isteri. Nun jauh di langit....ratusan ribu malaikat pun bertasbih....menyaksikan kedua sejoli tersebut...
SUBHANALLAH WABIHAMDIH
betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...
Tahukah Anda... siapa mereka..?
Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan dan merekalah pemimpin para manusia, laki-laki dan perempuan di dunia dan akhirat.
Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam syurgaNYA kelak. Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk bisa meneladani kedua manusia mulia tersebut. Amiin...amiin ya rabbal'alamiin....
Kisah Cinta Adam Dan Hawa ~
Segala
kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan,
tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat
indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut
riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan
makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam
sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT
di dalam Syurga (Jannah).
Adam
a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan
pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang
tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang
dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang
berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas,
bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam
a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh
malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian,
lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan
yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada
pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai
berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi
oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya
mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai
mengandung pembangkit rindu.
~Adam kesepian~
Apa
saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya
kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah
satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia
perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan
mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala
kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang
mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan,
tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi
lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana
daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup,
maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya
sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan
Tuhan kepadanya.
Tetapi
walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah
SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri
Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya.
Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
~Hawa diciptakan~
Tatkala
Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk
mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk
yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun
datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam
a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.
Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada
malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung
sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan
apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan
oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu
cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s,
sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang
dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia
boleh bermesra dan bersenda gurau.
~Pertemuan Adam dan Hawa~
Hawa
duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang
bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona
memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang
terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir
fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan
arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang
langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran
jiwanya seketika itu.
Adam
terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk
manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah
tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya
beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa
yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya
sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan
senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata
yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang
dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi
dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan,
kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat
keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona
serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia
adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu
akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka
ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang
dibelakangnya. Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak
dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan
yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua
kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan
itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di
belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar
manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan
dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam
a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka
matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang
asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun
benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk
fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu
manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta
merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah
perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya
gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia
tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya
menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang
menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
~Adam terpikat~
Adam
terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala
puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di
dalam syurga. Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam
a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang
tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam
syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling
cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang
jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam
a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si
jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk
siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih
sayang.
“Aku
Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun
seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya
menyakinkan.
Tiada
suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan
indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak
pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil
si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya
menimbulkan semangat.
Kata-kata
yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan
terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu
nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam
a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari
Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan.
Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan.
Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan
mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada
Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s
menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya
halus, penuh kemesraan.
“Aku
malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi
isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam
tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak
itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa
bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia
sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah
haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak
dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam
a.s yang sungguh indah.
Adam
a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati.
Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu
perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu
bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada
dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala
sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya
kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
~Perkahwinan Adam dan Hawa~
Allah
SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin
kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan
gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur
mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran
berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula
kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon
“Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan
bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji
adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala
kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di
bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para
penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua
ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid
kepada-Ku!”.
~Malaikat dan para bidadari berdatangan~
Setelah
akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari
menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada
kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam
a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam
a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia
memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah
pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang
ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi
dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima
kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan
Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
~Mahar perkahwinan Adam~
Pergaulan
hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita
akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini
apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk
keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan
yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah
SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku,
Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku:
Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu
segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam
a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi
Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai
spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat
bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam
a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa
menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah
SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama
isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang
kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana
(apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan
pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga.
Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat
manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu
sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan
disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa
pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama
keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya
diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan
keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga
itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan
beramal soleh.
Diterima melalui kiriman emel~
Cinta Si Gadis Buta ~
Pagi itu cerah dan indah sekali. Tapi tidak bagi si gadis cantik yang buta, dunia terasa gelap dan membosankan. Kerana kebutaannya, gadis cantik ini sangat membenci semua orang. Semuanya dibenci.
Tetapi ada seseorang yang yang amat dia cintai dan disayangi iaitu kekasihnya.Ini adalah kerana kekasihnya ini selalu setia dimanapun gadis buta ini berada dan kekasihnya selalu berjanji bahawa akan menikahinya setelah gadis buta ini bisa melihat dunia. "Sayangku, saya akan setia dan menikahimu begitu kamu bisa melihat dunia..."
Hari titik balik itu segera terjadi, suatu hari seseorang telah rela memberikan 2 matanya untuk didermakan kepada gadis buta ini, dan akhirnya sempurnalah kecantikannya. Luar biasa. Indah dilihatnya dunia ini. Indah sekali. Segera gadis buta yang sudah berubah cantik jelita ini menemui kekasihnya. Tetapi apa yang terjadi? Si gadis buta itu melihat bahawa kekasihnya adalah pemuda yang buta matanya juga. Pemuda itu berkata, "Sayangggg sesuai janjiku ... mari kita menikah!!" Serta merta kecantikan gadis itu berubah menjadi keangkuhan. Dia menolak ajakan menikah dari kekasihnya itu.
Dan akhirnya pemuda tampan yang buta itupun pergi dengan menitikkan air mata sambil meninggalkan sepucuk surat kepada gadis itu untuk memberitahu dalam suratnya bahawa - walaupun ditolak untuk menikahinya, dia tidak pernah menyesal memberikan kedua matanya untuk kekasihnya.
Sumber : Lanjutan Emel
Kisah CINTA dan WAKTU ~
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. Ada CINTA, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.
Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan kerana ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA.
Tidak lama kemudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. “KEKAYAAN-KEKAYAAN, tolong aku!” teriak CINTA. “Aduh, maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN, “Perahuku penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi di perahuku ini untukmu.”
CINTA sedih sekali, namun kemudian ia melihat KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. “KEGEMBIRAAN! Tolong aku!”, teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahunya sehingga ia tak mendengar teriakan CINTA.
Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semain panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN. ‘KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu,” kata CINTA. “Waaah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.’ Sahut KECANTIKAN.
CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis teresak-esak. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. “Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,’ kata CINTA. “Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja …” kata KESEDIHAN sambil mengayuh perahunya.
CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat, pengemudi perahu itu menurunkan CINTA dan segera pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia sama sekali tidak tahu siapa yang berada di perahu yang menyelamatkannya itu. CINTA mahu tahu siapa gerangan pengemudi perahu itu, dan ia menanyakanya kepada orang tua di pulau itu. “Oh, pengemudi perahu itu tadi? Dia adalah WAKTU.” Kata orang tua itu. “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku,” Tanya CINTA heran. “Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari CINTA itu …”
mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan
memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta ...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah kalah jika kamu masih sanggup menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan difikiranmu itu sekarang selagi hayatnya dikandung badan. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, karana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam,
cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup
dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemericing. Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang dapat dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuatkan budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jika kehadiran cinta itu sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir…jangan pernah hadir jika ianya amat mengecewakan!
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah kalah jika kamu masih sanggup menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan difikiranmu itu sekarang selagi hayatnya dikandung badan. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, karana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam,
cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup
dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemericing. Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang dapat dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuatkan budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jika kehadiran cinta itu sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir…jangan pernah hadir jika ianya amat mengecewakan!
awak
Awak ....
Hari ini rasa itu hadir lagi
Hadirnya menggoncang perasaan saya
Dapatkah saya tepis semua ini
tolonglah saya awak..
Awak...
Rasa yang telah lama disimpan
Kembali mekar bagai kembangnya bunga-bunga di taman
Harum mewangi dikelilingi rama-rama berterbangan
mendamaikan
Awak...
Adakala saya mampu melawan
Adakala pula saya seakan mudah ditewaskan
Adakah hanya kerana saya seorang perempuan
Yang dipandang hanya terisi kelemahan...?
Awak...
Saya percaya dan tetap akan selalu yakin
Suka dan duka
Pahit dan manis
Semuanya itu kenangan
Sebagaimana saya cuba memadamkan
Sekali~sekala ia pasti akan datang
Awak...
Saya harap awak berbahagia di saat ini
Biarpun tanpa saya lagi di sisi
Begitu juga diri ini
Akan selalu berhati-hati menjalani kehidupan sehari-hari
Kita sama-sama saling sendiri
Bertemankan jalan berpandukan Ilahi..~
Hari ini rasa itu hadir lagi
Hadirnya menggoncang perasaan saya
Dapatkah saya tepis semua ini
tolonglah saya awak..
Awak...
Rasa yang telah lama disimpan
Kembali mekar bagai kembangnya bunga-bunga di taman
Harum mewangi dikelilingi rama-rama berterbangan
mendamaikan
Awak...
Adakala saya mampu melawan
Adakala pula saya seakan mudah ditewaskan
Adakah hanya kerana saya seorang perempuan
Yang dipandang hanya terisi kelemahan...?
Awak...
Saya percaya dan tetap akan selalu yakin
Suka dan duka
Pahit dan manis
Semuanya itu kenangan
Sebagaimana saya cuba memadamkan
Sekali~sekala ia pasti akan datang
Awak...
Saya harap awak berbahagia di saat ini
Biarpun tanpa saya lagi di sisi
Begitu juga diri ini
Akan selalu berhati-hati menjalani kehidupan sehari-hari
Kita sama-sama saling sendiri
Bertemankan jalan berpandukan Ilahi..~
Mencintai tidak bererti memilikiSiapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia,Mencintai seseorang bermakna kita perlu bersedia menerima apa adanya,Juga segala kesudahan rasa.
Mencintailah keranaNya
dan kamu akan merasai nikmatnya cinta,Tiada jiwa terluka
tiada hati tersiksa,Kerana insan percaya,
takdirNya terindah dari segala peristiwa,Kerana kita percaya,
Dia menentukan segalanya.Jodohnya manusia ada ditanganNya.
Namun andai kehendak hati terhenti,Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,Cinta yang membuatkanmu tidak lena,Menjadikan harimu terganggu setiap masa,Bukannya itu cinta yang diharapkan.Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan.
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,Asalkan sidia mencintai Tuhan,Kita akan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri sendiri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya..
Dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah semoga dia itulah milikmu..~
Langgan:
Ulasan (Atom)








