Kami bergerak ke genting pagi esoknya.
Dalam kereta riuh dengan gelagat anak-anak macam-macam kerenah, aku malas dah
nak layan Cuma sesekali terdengar suara airil menegur mereka kerana terlalu
bising. Tapi biasalah kalau airil yang menegur semua
buat tak tahu saja
"Adik, along achik
boleh tak senyap sikit, ummi pening kepala bila kamu bising-bising , dah lah
jalan nye berpusing-pusing."aku bersuara dan ianya mematikan keriuhan
dalam kereta..
"U.. kenapa
ni."airil bertanya sebab tiba-tiba saja aku tertinggi suara dengan
anak-anak.
"pa.. ummi pening lah
,rasa macam nak muntah ni, papa berhenti tepi kejap" arah ku
"Ummi tak sihat
ke"ketiga anak-anak ku berkata serentak
dan jelas pada wajah mereka
tanda kerisauan
"Ummi ok, sayang.. cuma
ummi tak biasa dengan jalan yang berpusing2 ni"jelasku
pantas airil berhenti di
tepi highway.dan dengan pantas aku buka pintu dan berlari keluar.. segala apa
yang kumakan pagi tadi keluar semuanya..aku terasa ada orang mengosok belakang
ku bagi melegakan keadaan ku
"Ummi u ok
ke?"airil bertanya sambil menghulurkan air mineral padaku, dalam masa yang
sama aku terdengar dia berkata
" Duduk saja dalam
kereta tu, sekejap lagi papa dengan ummi masuk"perintahnya tegas, aku tak
tahu pada siapa dia berkata , tapi aku pasti tak lain dan tak bukan mesti
dengan puteri ku,sebab aku terdengar suaranya macam sebak saja
"papa..adik nak tengok
ummi"
"u dah ok ke , kalau
dah boleh kita mulakan perjalanan sikit je lagi ni, nanti u rehat dekat
bilik"airil bertanya
"ok...sori
pa"kataku perlahan dan lemah
"tak de apa lah
"dia memimpin ku ke kereta dengan penuh berhati-hati.
Sepanjang perjalanan ketiaga
beradik tu diam saja.seolah-olah tidak mahu menganggu ketenteraman ku, aku
lihat airil tersenyum pada ku mungkin dia mendapat sedikit tumpuan untuk memandu dengan keadaan yang
tenteram ini,
“Kalau esok kita gerak pergi
bukit tinggi u ok tak ummi” airil menanyakan pendapatku
“I tak kisah , u yang
memandu kan, “jawabku sambil tanganku memicit kepala ku yang kadang kala
berdenyut-denyut
“U tak ok lagi ke
saying”perlahan saja dia bertanya tapi masih terdengar di pendengaran ku
“I ok , u tak payahlah risau”jelasku
“Kami menginap di Genting
Permai Resort, aku merasa puas hati dengan apartment yang dipilih , 2 bilik
tidur , ruang tamu yang luas, aku memang puas hati sangat, anak-anak pun
gembira ialah ada swimming pool dengan playground,
“Papa boleh tak main dekat
playground”anak dara ku bertanya, meminta izin.
“boleh, ajak abang”izin
airil
Aku malas nak melayan sebab
sakit kepala ku menyerang kembali,aku merehatkan badan ku di sofa yang mana aku
boleh melihat anak-anak bermain.
Airil entah hilang kemana
mungkin dia bawa beg kebilik, diluar aku terdengar suara riuh tiga beradik entah
apa lah yang si abang menganggu adiknya tu
“tak nak lah main , adik nak
masuk dalam rumah lah “aku mendengar suara anak daraku dengan nada merajuk
“U, I keluar sekejap beli
lunch u nak makan apa-apa tak?”airil bertanya
“U belikan I bubur je lah ,
lagi satu pa, u beli roti gardenia yang Jumbo tu , dengan tuna , u beli lah untuk stok breakfast esok sekali roti tu. Pastu susu,dan milo u
bukan tak tahu anak-anak u tu”pesanku
“itu je”dia bertanya
“u bawak anak-anak
sekali,mana tahu kalau dorang nak beli apa-apa”jelasku
“Ok, u jaga diri tau
sayang”airil berkata dan berlalu
Selamba dia je sekarang ni, dearlah
sayanglah, macam-macam lagilah
Aku tak tahu bila aku
terlelap, lena betul aku tidur ialah tanpa apa-apa gangguan.
Sedar-sedar bila satu
kucupan lembut hinggap dipipiku,,
“morning ummi”
Terkejut aku bila balqis
kata morning , lamanya aku tidur, takkan mereka tak kejutkan aku langsung. Aku
lihat airil sedang menghidangkan makanan,pantas aku bangkit ,
“maaf itu saja yang mampu
aku kata,
“tak pe, lena tidur, ok dah
sakit kepala u”tanyanya
“kurang sikit, u betul ke
morning?”Tanya ku perlahan takut didengari anak-anak diruang menonton TV
“Airil hanya senyum je,
“U..i Tanya ni”
“Tak lah ummi, u tengok
pukul berapa tu, baru 2 petang kan,saja rishah usik u, sebab dia tengok u lena
betul, u tahu dia cakap apa, dia kta papa ummi macam baby kan cute sangat”
“ialah tu”satu cubitan
hingap dilengannya
“Sakitlah ummi”jeritnya, U
pergi buat air ,I dah beli ais ada dalam peti sejuk, just buat aislemontea je,
I beli yang macam kat umah tu .anak-anak nak
“OK’
Aku menyediakan air untk
makanan tenghari
Selesai makan, kami berehat
sekejap, anak-anak dah pun terlelap diruang tamu, penat rasanya,Balqis dah
lelap di pangkuan airil, aku mengambil cadar didalam bilik sebagai lapik untuk
mereka..
Aku duduk sebelah airil
memerhatikan sikecil yang lena betul tidurnya
Tiba-tiba, “U, I nak jadikan
Rishah anak I buat selamanya, dan I nak u jaga anak-anak I untuk
selamanya”Airil berkata, sambil memandang ku
Tergamam aku seketika apakah
dia sedang melamar ku waktu ini,eee tak romantic betullah “getusku dalam hati
“u sudi tak u jadi isteri I”
Lagi aku terkejut, direct je
dia melamar aku.
“Pa, u serius ke, bukan ke u
kata we just friend saja”luahku
“Ummi itu dulu, sekarang I
betul-betul takut kehilangan u, I takut kehilangan adik, lebih-lebih lagi bila
u kata u jumpa azri kat pasaraya, I tak nak dia ambil u dari I, amik adik dari
I, I sayang kan u ummi”
“Pa dah lama ummi tunggu
papa, tapi papa buat tak tahu saja kan, papa ramai kawan-kawan perempuan yang
cantik, yang seksi siapalah ummi ni papa”
“Owhh kiranya jeleslah ni”
Takde maknanya nak
jeles”jawabku,
“aku mengejutkan anak-anak
sebab nak ke theme park di puncak genting
Macam biasa kalau rishah
bila dikejutkan merengeknya hanya airil je dapat memujuknya.
“Kami ke puncak menaiki
skyway”
“Papa nanti nak naik macam
ni dekat langkawi pulak boleh”anak daraku bersuara
Airil hanya mengangguk
“U jngan berjanji apa-apa
dengan dia , nanti dia tuntut baru u tahu”jelasku
“Ialah , kita pergi
honeymoon bawalah mereka sekali “jawab airil selamba
Aku hanya diam je dengan apa
yang diperkatakan oleh airil
Apakah yang diperkatakan
akan menjadi kenyataan “Ya allah aku mohon padamu moga apa yang diimpikan akan
menjadi kenyataan .
Selama 2 hari di Genting
Highland macam-macam aktiviti dilakukan, anak-anak sedang lena mungkin
keletihan , aku mengemaskan segala keperluan kerana pagi-pagi esok airil nak
bawa ke bukit tinggi pula, aku memang dah lama nak ke bercuti ke Bukit Tinggi
tapi belum lagi berkesempatan lagi, dan hari ini alhamdulillah dapat juga aku
kesana. Sedang asyik aku mengemas, satu tepukan pelahan hinggap dibahuku,
hilang semua anganku tadi,
“Allahuakhbar,terkejut i,aku
mengurut dada bagi menghilangkan rasa terkejutku tadi .
Jauh mengelamum”tanpa
memandangku airil berlalu ke dapur mungkin kehausan agaknya
“Terima kasih U”ucapku ringkas
tanpa memberitahu kenapa
“terima kasih untuk apa
pulak
“terima kasih sebab bawa i
dengan balqis bercuti”ialah jimat juga duit i, aku mengusiknya
“oooo, sama-sama, itu dah
tanggungjawab i lah , untuk menjaga u”perlu apa-apa bantuan tak,
“umm tolong buatkan i ,
belum habis aku memberitahu, apa yang ku ingin kan
“naj milo panas untuk u”satu
cawan milo panas dihulurkan padaku. Macam tahu-tahu je apa yang ku inginkan.
“TQ papa”
Welcome Ummi”
Jam menunjukkan pukul 8 pagi, apartment kami riuh rendah dengan suara
anak-anak, mana yang nak sarapan, nak mandi ,macam-macam kerenah yang harus aku
layani,
“Ummi mana baju Qis”
“Ummi abang nak mkn roti
dengan telur hancur,
“Ummi mana towel abang”
Pening kepala aku dibuatnya,
nasib baik papanya tak mengada-ngada sama , kalau sama alamatnya semua kena hari
ni 9.30 pagi kami bergerak ke Bukit tinggi, tiada sorang pun anak-anak yang
tahu perancangan kali ni,sampai di bukit tinggi yang paling teruja adalah anak
dara kecil tu, berkali-kali diciumnya pipi papanya “Tq papa adik suka sangat”
Mula-mula lawatan ke ladang
arnab, riuh rendah ladang tu dengan suara anak-anak kami, pengunjung yang lain
pun asyik benar melihat telatah tiga beradik tu, sekejap-sekejap terdengar
suara rishah “Papa ceptlah amik gambar adik, papa itu , papa ini, macam-macam yang
dimintanya , airil mengikut aja kehendak anak daranya,imran dengan Irman duduk
disebelah kiri dan kanan ku,
“Ummi jomlah amik gambar kat
rusa tu” pujuk mereka mungkin mereka teruja melihat gelagat adik mereka yang
begitu asyik benar bergambarnya
“Ummi penatlah, kamu berdua
pergilah, kesian papa layan adik sorang –sorang,
“Jomlah ummi tak best lah
ummi tak joint sekali, pujuk abang long, nak tak nak terpaksa juga aku turut
serta dengan mereka.Banyak juga gambar yang kami rakam kan satu keluarga.
Sedang asyik aku melayan
kerenah anak-anak,
“Izaira,”seseorang menegurku
“Ya, saya Izaira, kakak
siapa”heran juga aku sejauh-jauh ni pun ada insane yang mengenali ku, ialah aku
ni bukannya artis yang dikenali ramai.
“Izaira lupa ke, 5 tahun dulu
izaira buat penempatan akak, izaira yang tolong akak, cari rumah sewa semua,
lupa ke”wanita tadi memberitahu ku
“Maaf kak, saya betul-betul
tak ingat sebab ramai betul saya buat penempatan, kata ku pelahan, memang aku
betul-betul tak ingat siapa gerangan wanita yang ada didepan ku ini, ialah dah
5 tahun berlalu dan kini aku telah pun bertukar ke tempat lain.
“Kak ida lah, yang tinggal
sama dengan kawasan perumahan izaira tu”
“Ya Allah. Kak ida dari
pahang tu ye, maaflah akak, saya memang tak ingat, almaklumlah kak, dah lama,
ingat lagi akak dengan saya,”
“Nanti singgah lah rumah
akak , dah dekat ni, dengan rumah akak, ni alamat rumah akak, sekarang ni musim
buah-buahan nanti boleh akak bawa ke dusun , singah tau, ajak suami dengan
anak-anak.
Airil masa tu aku lihat
senyum je bila kak ida berkata suami.
“Insyaallah kak, sebab malam ni kami bercadang nak
tidur di Bukit Tinggi ni, saja bawa anak-anak bercuti, dah lama benar dorang
mengajak kesini, Sayang boleh tak esok kita pergi rumah kak ida” aku bertanya
dengan Airil.
Airil aku lihat senyum je dengan pertanyaan ku, aku
buat tak tahu aje dengan gelagatnya, sukalah tu orang panggil dia sayang,
mengada-ngada betul lah mamat ni.
“Insyaallah kak, esok kami sampai,” Airil menjawab
ringkas pantas tangan nya memeluk pinggang ku.
Aku diam je dengan perlakuan airil tapi dalam hati
dan menyirap dah ni, amboi-amboi bukan main lagi dia.
Kak ida senyum melihat gelagat pasangan didepannya ,
“ Amboi, romantiknya, esok pun tak pe tapi jgn tak datang tau, akak berharap benar
ni” Kak ida beria-ia menyemput ku.
Aku hanya mengangguk,begitu juga dengan Airil,
Selepas kak ida berlalu aku merenggang kan pelukan Airil
“lakunan dah habis...”kataku ringkas
“Ala ummi ni ...baru nak manja-manja..dia meleraikan
pelukan dipingangku.
“ banyak lah
awak punya manja-manja”aku meleraikan pelukannya.
“waa.. ummi dengan papa bercinta ye”Airisyah
bersuara dengan kuatnya
“Adik berapa kali ummi cakap, jgn menjerit awak tu
perempuan tak sopan lah”Tegurku perlahan, padahal aku sebenarnya dah malu dah
dengan orang ramai yang memandang kearah ku dan airi bila Balqis berkata
demikian.
“Ala tak salahlah, itu kan papa dan ummi kita
biarlah dorang bercinta , betul tak ummi” Si abang memberitahu.
*****
Si dara kecil , tiba-tiba memegang perut dengan mukanya
berkerut, risau aku tiba-tiba ialah Airisyah ni ada gastrik, tu yang aku risau
kalau dia buat muka macam tu,
Adik are u okey?” pantas airil bertanya,
rupa-rupanya Airil pun perasaan perlakuan Airisyah,
“Papa .... perut adik ni”katanya perlahan
“ialah kenapa dengan perut adik,sakit ke”Aku dah
mula cuak.
“Ummi papa .. perut adik ni dah buat lagu rock, laparlah ummii.. usiknya sambil tersenyum
“Fuhh.., adik ni kan buat suspen ummi dengan papa
ajelah,
“Ooo lapar. Okey jom kita pergi makan, papa pun dah
lapar ni”
Yea.. makan... adik suka-adik suka, si dara
melompat-lompat kesukaan.
“Adik berapa kali ummi cakap jaga sikap tu, eee..
papa boleh tak u marah anak dara u ni”
“Ala budak-budak biarkan je” Airil menjawab ringkas
Dalam hati aku ni membara je, dengan apa yang diperkatakan
oleh Airil , U ni kan Pa lembut sangat lah” marah ku pelahan
“ dah tu, U sebenarnya laparkan ummi, jom kita makan
dulu
Usai makan, aku mengajak airil dan anak-anak balik
ke Apartment untuk solat, ialah kalau berjalan memang lupa segalanya. Sampai di
Apartment,
“bestnye.. adik nak baring kejap erk.. dia berlalu
ke bilik , aku mengeleng kepala dengan gelagat anak sorang ni..
“ abang pun nak baring lah...
“Dah tu semua pergi amik air sembahyang. Amboi-amboi
tadi bukan main segar semuanya. Balik apartment sume buat muka letih” airil
berkata tegas.
“Aku berlalu ke bilik ku yang ku kongsi dengan
airisyah
“Ummi kita solat jemaah lah erk, kita solat kat
ruang tamu, “kata airil lembut
Aku hanya mengangguk, lama rasanya tak solat jemaah,
“Adik bangun sayang, papa ajak solat”kejutku lembut
“Ala... adik ngantuk lah ummi”
Ishh cepat amik air sembahyang”suruhku
Usai solat kami berehat diruang tamu, anak-anak dah
pun terlelap kepenatan aku rasa, ialah dari pagi sampai tengahari beria
masing-masing. Airisyah mcm biasa dah terlena di pangkuan Airil.
“Ummi u terima i kan”Airil bertanya ingin kan
kepastian, bukan apa dia takut hanya dia yang beria-ia sedangkan yang empunya
diri hanya mendiamkan diri sahaja,kalau betul Izaira menerimanya dia ingin
menyegerakan majlis tersebut, dia tak mahu insan depan matanya ini hilang
begitu saja. Lebih-lebih lagi bila Izaira memberitahunya yang dia terjumpa
azrien di sebuah pasaraya.
“Papa, i ada ayah dan ibu, u kena Tanya mereka kalau
mereka terima i ikut sahaja, sekarang ni keputusan pada mereka”Aku memberitahu.
Aku sebenarnya takut untuk memberikan jawapan pada
airil, bukan apa aku takut sejarah dulu berulang lagi ialah , kekadang aku rasa
fobia dengan kisah silamku sendiri.
Pantas tanggannya mencapai telefon bimbit dan aku tahu
dia menghubungi siapa, aku hanya mendiamkan diri saja, tak nak menganggu apa
yang diperbincangkan bagi aku biarlah antara dia dengan ayah saja,
“Ummi ayah nak cakap,dia menyerahkan telefon ke
tangan ku
“Waalaikumussalam”
Alhamdulillah, sihat, tidur,penat agaknya”aku
menjelaskan pada ayah
“Along. Tadi Airil Tanya ayah dia nak pinang kamu,
kamu setuju ke” Suara ayah dihujung talian bertanya kepadaku.
“Along ikut apa yang ayah dengan ibu saja, kalau
ayah suka along ikut saja” Jelasku
“Macam nil ah ayah suka dengan airil, ayah tengok
dia jaga kamu dengan airisyah dengan baik , memang usia kamu berdua jauh
berbeza tapi ayah yakin Airil boleh jaga along dengan Airisyah, beritahu airil
ayah setuju dan bila kamu balik bercuti nanti kita bincang ya, sampaikan salam
ayah pada airil dan anak-anak kamu, rindu pula ayah dengan balqis.
Assalamualaikum”ayah menutup bicaranya
“Insyaallah, waalaikumussalam”
Aku menyerahkan telefon ke pada airil, dan ku
lemparkan senyum mesra kepadanya
“Ayah cakap apa? Tanya nya
ingin kan kepastian. Aku diam dan muka sedih ku pamerkan,niat hati saja ingin
mengusik, sebab aku suka sangat tengok muka dia bila risau dan marah, cute
sangat aku tengok.
“Ummi, papa Tanya ni”Dia
bertanya sekali lagi setelah pertanyaan tadi tidak ku endahkan.
“Papa Tanya apa erk”aku
mengusiknya, dan tidak menjawap pertanyaannya tadi.
Aku tengok, muka dia dah
berubah macam menahan marah, ummi u jangan nak main-main ya, u dengar kan apa
yang papa cakap tadi.
“marah ke?aku mengusik, ayah
Tanya ummi, ummi setuju tak? Ayah dengan ibu tak de masalah mereka terima
abang”lancar je aku memberitahu dalam masa yang sama aku terperasan yang aku
dah panggil dia abang, harap2 dia tak dengarlah.
“Ulang lagi sekali, ummi
panggil apa kat papa, papa tak berapa dengarlah,sedap je papa dengar tadi,
ulanglah ummi”rayunya
“Ummi panggil apa, ummi
panggil Papa, Papalah”jawab ku malu
“tak de2 tadi ummi panggil
lain, urmm kalau papa nak ummi panggil macam tu kat papa boleh tak?
Aku diam je malas nak
layan,kalau di layan makin mengada2 dibuatnya,
“Boleh lah ummi,”Rayunya,
boleh erk..
EEE macam budak kecil suka
sangat buat muka seposen.
"abang..ke?"aku
ingin mengusiknya..aku melihat air muka airil dah berubah bila aku berkata
begitu,ialah jarak usia yang jauh antara kami,7 tahun tu,sebenarnya aku
bukanlah bermaksud nak mengenakannya atau sebaliknya.dku cuma ingin bergurau
dengannya saja,aku tahu bila aku menerimanya aku juga harus menghormatinya.
"Terpulang
pada sayanglah"pangilannya padaku pun dah berubah,tiada lagi panggilan
ummi seperti biasa.
"Merajuklah
pulak,ee..abang ni kan kuat merajuklah,ni nak ganti tempat adik ke kuat
merajuk."aku merenung manja padanya,dan satu senyuman mesra ku berikan.
"yes!!,i
love u sayang,dah tu u jgn buat muka mengoda ok,nanti sekarang juga abang ajak
u nikah"
eee...
malaslah nak layan.,ummi nak pergi kemas baju,esok nak gerak pagi-pagikan.aku
bangkit dan berlalu ke bilik.
“Mulai
hari ni abang tak nak dengar lagi gelaran ummi tu lagi untuk abang” boleh kan
"Sayang
kemaskan beg abang sekali ya,
"Kemaslah
sendiri mengada-ngada,kita belum lagi jadi wife awak tau"aku sengaja
mengusiknya,
"ialah
siapalah kita ni kan"katanya dengan nada merajuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan