mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan
memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta ...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan
sesekali menyerah kalah jika kamu masih sanggup menghadapi sebarang
kemungkinan. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi,
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta
datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
difikiranmu itu sekarang selagi hayatnya dikandung badan. Mungkin
Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterimakasih atas kurnia tersebut.
Cinta
dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau
memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum
mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi
kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal
yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya
menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala
kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga
kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya
tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia
sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu
diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati
dengan cinta, karana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para
pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan
keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan
kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam,
cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup
dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan
seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa
seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam
gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya
kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak
mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemericing. Cinta
adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai
cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang dapat dilihat oleh mata
kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang
mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuatkan budak menjadi
pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta
sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya
sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika
tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan
didalam dirinya.Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan
jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh. Jika kehadiran cinta itu sekadar untuk mengecewakan, lebih
baik cinta itu tak pernah hadir…jangan pernah hadir jika ianya amat mengecewakan!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan