Utama


Rabu, 13 Jun 2012



Mencintai tidak bererti memiliki
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kita perlu bersedia menerima apa adanya,
Juga segala kesudahan rasa.

Mencintailah keranaNya 
dan kamu akan merasai nikmatnya cinta,
Tiada jiwa terluka 
tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, 
takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, 
Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditanganNya.

Namun andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkanmu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan.
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan.















Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan sidia mencintai Tuhan,
Kita akan terus mencintainya tanpa alasan.

Mengapa dicari secantik Balqis, 
andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof 
jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim 
andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad 
jika ada keburukan pada diri sendiri..

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya..
Dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya 
dan berdoalah semoga dia itulah milikmu..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan