Utama


Rabu, 13 Jun 2012

awak

Awak ....
Hari ini rasa itu hadir lagi
Hadirnya menggoncang perasaan saya
Dapatkah saya tepis semua ini
tolonglah saya awak..

Awak...
Rasa yang telah lama disimpan
Kembali mekar bagai kembangnya bunga-bunga di taman
Harum mewangi dikelilingi rama-rama berterbangan
mendamaikan


Awak...
Adakala saya mampu melawan
Adakala pula saya seakan mudah ditewaskan
Adakah hanya kerana saya seorang perempuan
Yang dipandang hanya terisi kelemahan...?

Awak...
Saya percaya dan tetap akan selalu yakin
Suka dan duka
Pahit dan manis
Semuanya itu kenangan
Sebagaimana saya cuba memadamkan
Sekali~sekala ia pasti akan datang


Awak...
Saya harap awak berbahagia di saat ini
Biarpun tanpa saya lagi di sisi
Begitu juga diri ini
Akan selalu berhati-hati menjalani kehidupan sehari-hari
Kita sama-sama saling sendiri
Bertemankan jalan berpandukan Ilahi..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan