Utama


Rabu, 6 Jun 2012

cerpen- maafkan saya awak 1


“Maafkan saya “ satu suara garau yang menyapa menyentap naluri wanitanya, suara itu dia merasakan begitu dekat dengan dirinya, tak sanggup dia melihat, tanpa membalas maaf tadi dia terus berlalu tanpa melihat pemilik suara itu, baginya biarlah dia tak sanggup melihat kerana tidak mahu begitu mengharap. “ Ya Allah kau kuatkanlah hati hambamu ini, jangan kau perdayakannya dengan bisikan-bisikan yang menyesatkan.Alisyah pantas menuju ke keretanya tanpa menoleh kebelakang, waktu ni dia ingin cepat sampai ke kereta, dari jauh dia dah melihat muka masam Nur Airisyah Balqis yang sedang menantinya dan seperti yang dijangkakan “Ummi , ni pergi mana? Janji kejap je nak beli roti ni dah lama Qis tunggu.”wajah masam anak tunggalnya dipandang dengan satu senyuman, “Sorry sayang, tadi masa ummi beli roti ummi terlangar seseorang itu yang menyebabkan ummi lambat,sorry sayang.”terang ku ringkas.  Barang yang ku beli tadi pantas balqis,aku dan bibik masukkan kedalam kereta, sebab anak daraku dah merunggut lapar, inilah perangai anak ku yang tidak boleh diubah dan ianya serupa dengan perangai bekas suami ku, ya allah kenapa dia lagi yang ku ingat.
“Ummi kita ni nak duduk dalam kereta ni saja ke?”suara Airisyah Balqis dengan pantas mematikan lamunanku.
“Sorry,sayang  nak makan dekat mana,sayang cakap sahaja ummi akan bawa”aku berseloroh.
“Hari ni Qis nak makan satay lah ummi, tapi Qis nak makan dekat kajang tak nak dekat outlet dia, boleh ya ummi”
“Kita pergi dekat outlet sajalah sayang, kita makan dekat hentian rehat Guthrie dengan rumah nenek aku memujuk, bukan apa dah hampir 4 tahun aku tidak pergi ke Satay Kajang kerana di situ terlalu banyak kenangan aku dengan dia, kenapa hari ni anak ku minta ke situ pula
“ala.. bolehlah ummi, Qis tak pernah pergi sana,please ummi “rayunya dengan mimik muka yang sedih dan sabar menanti jawapan dariku
“Ok lah tapi Qis mesti janji dengan ummi Qis kena tolong ummi balik nanti ok”
“Ok lady boss,sayang ummi satu ciuman hinggap dipipiku,aku tersenyum, dan itu juga adalah tingkah laku dia setiap kali aku menurut kehendaknya,dan kini sikit demi sedikit Airisyah Balqis mengikutnya.Wajah risyah juga lebih banyak kepada miripnya daripadaku.
Dalam perjalanan balqis banyak menegurku  dan bertanya kenapa aku diam saja hari ni dan dia juga bertanya adakah permintaannya ini keterlaluan dan berkali-kali dia minta maaf kepadaku
“Ummi , ummi marah Qis ke, Qis minta maaf ya ummi,”kata nya
“ Taklah sayang, Qis tak buat salah apa pun, cuma hari ni ummi rasa ummi malas nak cakap “aku mengusiknya dan senyum
“Macam tulah ummi Qis, kan lawa dan cantik bila senyum”
“OO.. selama ni ummi ni tak cantiklah ya”usikku
“Ishh siapa cakap ummi tak cantik, ummi ni cantik tau,cun, cubby lagi  tu papa yang selalu cakap kat qis tau”dia mengusikku, betul tak bibik, dia bertanya pada pembantu rumahku yang diam saja dekat belakang.
“Ummi tadikan ada sorang uncle tu asyik pandang ummi dan Qis saja, bila Qis pandang dia balik, dia pusing arah lain, Qis rasa dia minat dengan ummi lah,nak kata handsome tak juga, tapi bolehlah, kalau banding dengan Papa Airil, papa Airil kureng sikit “katanya jujur
“Tersentap aku seketika dengan penjelasan anakku ya allah apakah itu dia, ya allah jangan kau lemahkan hati hambamu ini, ya allah jauhkan lah dia dari hidupku dan juga anakku doaku dalam hati. Tak handsome ke ,tak handsome ummi tak nak lah.
“Tapi ummi muka dia ada iras-iras muka ayah,selamba saja anakku berkata.
“Ya Allah jangan lah dia”doaku berterusan, dan ini menyebabkan aku ingin cepat-cepat balik ke negeri tempat Balqis di lahirkan.
Sedang menikmati makanan yang telah dipesan tadi ,”Nanti Qis nak ajak papa dengan abang long dan abang chik makan dekat sinilah ummi” mesti best kan ada Papa, abang long dan abang chik”
“Nur Airisyah Balqis, masa makan tak elok bercakap, papa kata ape, kalau makan masa bercakap syaitan pun turut masuk dan sebab itu kita tak kenyang-kenyang”aku menegurnya
Aku memerhati tingkah laku anakku, banyak yang diambil dari suamiku, Ya Allah. Kau lah yang maha besar,mengetahui segalanya, sedang aku memerhati anak ku  tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, aku tersenyum melihat nama pemangil dan pantas ku serahkan pada anakku, aku tahu dia tak boleh kalau tidak bercakap dengan Balqis satu hari.rindu katanya.
“Wa alaikumussalam ,papa dah makan, Risyah tengah makan, dekat satay kajang, nanti bila papa ikut Risyah dengan Ummi balik kampung kita makan dekat sini ramai-ramai ya,Ada, sekejap, papa kirim salam dengan maktok , atok, abang long dengan abang chik, I Love u to papa, sekejap.. Ummi  papa nak cakap telefon diserahkan kepadaku
“Assalamualaikum papa, ucapku
“waalaikumussalam”ummi.. bila you nak balik,anak-anak saya dah rindu dengan ummi dia ni.
Aku tersenyum dengan kata-katanya, “Awak ni kan dari dorang kecil awak gelar kan mereka macam tu , tak baik lah,beritahu mereka ummi pun rindu mereka juga.
“Ummi rindu dorang saja ke, papa dorang tak rindu?
“Papa dia tak rindu ummi pun, yang rindu ummi mereka.  ”aku mengusiknya
“Papa selalu rindu dengan ummi, cuma ummi saja tak nak ambil tahu”rajuknya.
“pa, ummi baru saja balik sini, kan ummi kata ummi cuti seminggu, ummi ajak papa ikut , papa tak nak, papa kata ada function lah, so ..jangan salahkan ummi.
Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh panggil dia papa dan ianya berterusan hingga kini,yang aku ingat ianya bermula bila aku berjumpa dengan anak-anaknya buat kali pertama dan mereka memanggil aku dengan panggilan mama, aku kata mama hanya untuk mama mereka saja , so aku menyuruh mereka memanggil ku Ummi kerana aku suruh pangil aunty mereka pula tak mahu. dan waktu pula aku tengah mengandungkan arisyah, jadi untuk tidak merasa kehilangan kasih seorang ayah dengan rela hati dia mengelarkan dirinya papa pada puteri tunggalku dan kini puteriku dah hampir empat tahun umurnya dan kasih sayang seorang ayah diterimanya penuh dari dia dan kerana cintanya pada puteri tunggalku dia meletakkan nama “Airisyah”  katanya ada sikit-sikit namanya aku mengiakan sahaja, dan dia juga lah yang menguruskan segalanya tentang Airisyah Balqis, daftar nama, dan dia jugalah yang mengazankan dan mengiqamatkan Airisyah Balqis,menitis air matanya ku lihat takkala dia memangku puteriku buat pertama kali,masih aku ingat akan katanya waktu itu “Airisyah Balqis Nor Azrien, papa janji sayang papa akan jaga Airisyah macam anak papa sendiri dan papa janji Airisyah takkan merasa kehilangan dan kekurangan sedikit pun kasih sayang seorang ayah,dan dia membuktikan apa yang dijanjikan, Nur Airisyah Balqis tidak pernah merasa kehilangan kasih seorang ayah walaupun ianya hanya kasih seorang ayah angkat,bagi Airisyah Balqis Airil adalah papanya, Irman dan Imran adalah abangnya , dan dia juga amat dimanjakan oleh abang-abang angkatnya itu, pernah dia bertanya padaku kenapa aku dengan papa Airilnya tidak tinggal serumah macam papa dan ummi kawan-kawannya. Kenapa papa  dan abang-abangnya harus tinggal dirumah maktok dan atok, Alhamdulillah Airil dapat menerangkan dengan sebaiknya kepada Airisyah dan aku begitu bersyukur kerana Nur Airisyah seorang anak yang begitu cepat memahami dan mengerti dan begitu cerdik sekali. Dan hanya Airil yang memangil puteriku dengan nama Airisyah katanya nama itu adalah khas untuk nya

1 ulasan: