Utama


Rabu, 30 Julai 2025

Aku

 Lama rasanya tak bertamu disini,satu Tika dulu sinilah tempat untuk aku meluah segalanya,disinilah bicaraku terungkap,kenapa disini sebab tiada siapa yang menjadi bahu sandaran pada aku.kalau dulu ada adik yg selalu mendengar segala,ada yang ada sat aku jatuh, 

Allah kuatkan hati hambamu, yang kian hari kian lemah,

Ahad, 30 Julai 2017

adakah aku redha

Ya allah.
Betapa aku hampir kalah saat ini, adakah aku redha, dengan apa ketentuan mu,
Ya allah hamba mu ini makin lemah, makin kalah dalam meniti hari2 yang mendatang.
Sesungguhnya berat mana lagi dugaan yang akan engkau berikan...
aku tahu setiap dugaan yang engkau berikan sesungguhnya ada hikmah disetiap dugaan yang engkau berikan tapi aku hanya seorang insan yang kadangkala aku alpa seketika.
Ku mohon dari mu Kuatkan aku Tabahkan Hati ku dalam meniti setiap detik detik kehidupan yang bakal ku lalui di masa akan datang

AimiraAzra
30 Julai 2017
Salad Ayam...

semalam menu buka puasa salad ayam simple je.. menu main campak2je   ikut suka lah nak letak apa... aku yang makan kan so ikut selera aku lah.
Nak resepi ... sonang je..resepi dian

Salad..
Mayonis
Perahan Lemon
Ayam Panggang/ayam goreng -(dada)
Nak Pedas Letaklah Chili Bengala
Timun Jepun
Madu
Kobis Merah
Sikit lah Lada Sulah dan Lada Hitam

Itu Je Aku Letak..
 Kalau Korang Nak Cuba buatlah...

Rabu, 8 Mac 2017

TAHUN 2017

Assalamualaikum...
Fuhhh lama betul tak jenguk kat sini.. nak kata busy tak juga urmm biasalah tak de mende yang nak di story morie kan.. so duk berabuk dan bersawang je lah blog aku ni,
Sejak duk kat unit baru ni kira aku releks sikitlah.. kenapa bcoz kat unit ni aku tak delah koje yang datang kejut mengejut cam hari ni ko minta hari ni ko nak, pagi ko bagi petang ko nak ... duk sini so far aku tak delah dapat koje yang cam tu cuma kekadang tu bila nak balik lah ada koje yang tetiba sampai tapi tak delah nak hari tu juga, keje kat unit ni memang best.. sempoi and releks boss dia memang Torrbaiiikkk..

Jumaat, 14 Oktober 2016

Resepi: Roti Flaxseed

Bahan-bahan:

- 2 cawan flaxseed (aku sukat 1 bekas blender kering) dikisar halus
- 3 biji telur
- 1 sudu baking powder
- secubit garam
- pemanis gantian (aku guna palsweet 2 paket)
- 1/2 cawan air
- 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:
- kisar flaxseed jadi tepung (ikut suka kalau nak kisar kasar pun boleh)
- campurkan semua bahan kering n gaul rata
- masukkan pula bahan basah, gaul rata
- rehatkan adunan dalam 5-10minit
- masukkan dlm dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 250C
- siap masak keluar dan sejukkan roti. bolehlah potong ikut size yang disukai. sedia utk dimakan.

* adunan ni tak jadi doh mcm buat roti biasa. dia seakan-akan adunan cekodok yang pekat. jadi kacau pakai sudu sudah memadai tak payah nak menguli bagai.

Jumaat, 17 Jun 2016

Warkah cinta terakhir buat seorang insan bergelar suami

Warkah Cinta Terakhir Buat Insan Yang Bergelar suami

Assalamualaikum sayang.. seandainya ini warkah ku yang terakhir maafkan aku sekiranya apa yang kulakukan menyingung hati dan perasaan mu.
 
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur di penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya mencintai awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terfikir... saya mengembara ke hujung dunia mencari awak... rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya telah menemuinya. Akhirnya awak telah memiliki cinta saya, awak campakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tidak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.
Saya sedih sangat bila awak kata awak tidak tahu apa sebenarnya yang awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini, saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang. Jadi selama ini, siapa saya di hati awak?
Awak...
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tetapi saya pula seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita hidup sekali, mati sekali, menyintai sekali.Awak Melangkah pergi meninggalkan saya dan ianya telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada awak Jangan anggap saya bencikan awak. Bagaimana harus saya membenci, sedangkan setiap hari saya merindui awak. Setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya mencintai awak. dalam doa saya tidak terlepas saya kirimkan buat awak seusai solat saya agar saya dapat berjumpa dengan awak lagi.. kerana rindu saya tidak pernah hilang walaupun sedetik....

Awak...
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak buat selamanya, ingin saya nyatakan sesuatu yang awak tidak pernah tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana cinta saya pada awak... inilah jawapan saya - "kalaulah satu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula... meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamanya. Dan kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya kepada awak agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tidak pernah tahu).dan takkan pernah ambil tahu kerana siapalah saya dihati awak kan..."

Awak...
Kerana saya mencintai awaklah saya mendiamkan diri. walaupun hati saya sakit awak lakukan tapi sedetik pun saya tidak pernah membenci awak. Supaya awak dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak...
Saya percaya Allah temukan kita kerana ada hikmah di sebalik semua ini. Saya tidak pernah kesal mengenali awak kerana sekurang-kurangnya saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh... awak pastinya akan kembali kepada saya dan saya juga ingin belajar pasrah pada ketentuan Allah, kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya lagi nanti ,saya akur... mungkin itu yang terbaik.dan akhirnya jawapan itu saya temui dan saya gembira sangat2 awak, tapi awak tak tahu kan sebab bagi awak semua itu biasa je,tapi tidak bagi saya awak...........

Rabu, 8 Jun 2016

Bulan Ramadhan 2016

Assalamualaikum,...
Alhamdulillah dapat juga menyambut bulan ramadhan tahun ni.. dan tahun ni tahun yang ke 10 menyambut Ramadhan bersama en. suami alhamdulillah, Tahun ni juga sambut 1st day puasa kat kampung.. Kali ni juga 1st time aku berpuasa  di unit baru.. Unit perolehan dan Pengurusan aet.. alhamdulillah rasa sama cam puasa kat unit lama. Sempena bulan ramadhan yang mulia ini ira dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia semoga  ramadhan kali ini diberkati  insyallah.

Selasa, 23 September 2014

Tukar.. ditukarkan.. terpaksa tukar ataupun .....

Assalamualaikum... selamat pagi, hari ni 1st day keje, sebab semalam aku cuti,,, CUTI!!! okey.. 1st sebab sakit perut, 2nd sakit kepala sebab kurang tidur, 3rd.. sebab urmm tension ialah ... berdasarkan tajuk kat atas tulah.. sebenarnya tak lah setension mana pun, tapi bila orang lain dah tahu mana dia ditempatkan,sedangkan aku yang terlibat ni pun tak tahu kemana. ko tension ke tidak,!!!!... ialah yang CC sorang ni tak menyempat2 nak beritahu, sabor lah dulu, adil ke macam tu,
Kesian sebenarnya dengan kakak opismate ialah bila suka amik, tak suka buang je.memang lah dia slow sikit buat keje tapi.. keje dia memang tip top.. boleh buat keje punya..tapi orang dah tak suka kan.. nak buat macam mana....
Sebenarnya unit aku ni tengah proses buat pusingan kerja dalaman,, tapi kakak tu baru je pun dalam unit tu.. urmmm tak fahamlah... aku tak kisah kalau yang kena pusingan keje  tu orang lama, tapi kakak tu baru je..
Aku pun kena juga,, tapi tak tahu kat mana... tuk yang aku maksudkan TUkar, ditukarkan ataupun terpaksa tukar, Kes aku ni tukar sebab aku kat unit pun dah lama, ialah sejak mula lantik kot kat unit ni, so kenalah kuar, mula2 CC aku tanya nak kat mana, aku just cakap SYMP ialah aku ni siapakan... then dia offer nak dalaman ke luaran... aku ckplah kalau ikut aku nak ke unit lain bukan dalam unit ni, ialah sayang, sedih opkoslah ada, tipulah kalau kata tak sedih, hampir 10 tahun kot aku kat sini, dah tiba masanya untuk aku ke unit lain, aku kena jadi budak baru balik untuk mencari satu kemestian hidup, ialah kena lah jadi budak baru, belajar serba serbi, macam mula2 aku datang ke Jabatan Pendidikan dulu, memang zero masa aku datang sini, ialah aku dari Swasta kot, pastu dapat tawaran goverment mahu tak tokujut...
Aku beritahu hubby yang aku mungkin akan bertukar ke unit lain, hubby aku ni macam biasalah, mungkin itu kebaikan untuk awak, mungkin ada hikmah .. eeee lagi tension aku dengan jawapan mr hubby , tak membantu langsung perasaan dan jiwa nurani si isterinya.....
So aku tak tahulah kat unit baru nanti boleh ke aku berblog macam ni.. kalau tak boleh malam je lah aku update kan, itupun kalau aku ni ada masa lah ... hahahahhahaha ko bercerita  mawar macamlah ada orang baca blog ko yang cacamerba ni kan.... 

Khamis, 11 September 2014

Ceritera Semalam....11.9.2014

Assalamualaikum dan selamat pagi.. ceh karanng  macamlah ada orang yang nak tengok dan baca blog kau ni kan mawar.. hahahahhaha...
oklah kisah semalam.. lets i explain apa yang berlaku pada hari semalam..
Semalam.. 11.9.2014.. hari rabu... urmm semalam kedua2 head chef unit kami ni tak de..sorang cuti dan sorang lagi ada meeting.. yang tinggal just chef kecik2 je...so menu for breakfast semalam di masak oleh cheff yati

just nasi goreng belcan... & tengahari menu nya lempeng ngan sardin... perhh licin ... kopi O everyday 5 jug dari pagi sampai petang... urmm ni lah akibatnya kalau tak de cafe kat jabatan... .. opss kami masak bukan time keje ok.. time rehat.. kui 1 baru mula..

Selasa, 12 Ogos 2014

Cerita hari ini

Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 16 dibulan syawal kejap je rasa.. dah 16 hari raya..
hari ni insyallah kalau tak de apa2 cukup 4 hari pose 6. so tinggal dua hari  je lagi...pastu bolehlah raya hihihihi,,
Kalau dulu aku rajin gak buat pose 6 ni, sebab sekali ngan nenek dan atok, ialah kalau aku tak pose, compirm tak makan tenghari balik dari sekolah.,so sejak tu lah aku rajin pose 6 dan pose sunat yang lain,sebab aku tinggal dengan ngan nenek dan atok.
Hari ni aku terpikir apalah menu tuk buka pose nanti, kalau pose bulan ramadhan senang je pikir punya pikir akhirnya ke bazaar ramadhan juga.. :)

Rabu, 21 Mei 2014

SPIES -

Assalamualaikum,,,
Lama juga tak menjenguk ke sini almaklumlah bisi buat seketika, urmm busy ke erk... adalah sikit hiihihihihi
Hari ni aku ada kursus MOtivasi SPIES di Bangunan SUK Shah Alam.. sebenarnya ini adalah kali Kedua aku ke Kursus Motivasi SPIES ni, Kursus  ni macam kursus motivasi yang mana dia ajar kita macam mana nak pecahkan batu yang ada dalm minda orang melayu kita ni, like ICE BREAKING lah.
best kursus ni. for 1st session hari tu aku dengan motivatornya EN Johar, EN Johar adalah seorang yang very humble seorang yang boleh bertukar kreaktor dalam satu masa, ialah bila dia bercerita tentang sesuatu yang sedih kita boleh rasa akan kesedihan dan kedukaan tersebut, begitu juga kalau dia bercerita sesuatu yang happy ,dalam satu masa kita boleh bercerita berbagai topik dari politik, sosial, agama dan sebagainya... memang best lah en JOHAR...itu cerita tentang motivator yang pertama, hari ni aku kena dengan Motivator yang lain, DR MEGAT YUSOFF... seoarang yang boleh dikategorikan ok lah bagi aku.. hihihihi... permulaan nya yang agak suam-suam kuku membuatkan aku agak kemengantukkan pada awalnya...kiranya EN Megat ni kalau untuk aku dia macam lambat pick up lah enjin standard... kikikikikiki....tp lama kelamaan ianya menjadikan satu keseronokkan ...
dan macam biasa kalau kursus motivasi macma ni dia akan pecah2 kan kita dengn beberapa team dan dalam team ada pelbagai ahli dari pelbagai jabatan... yang pertama pun sama juga, kalau sesi pertama hari tu aku dengan team dari JKR petaling, kali ni aku duk satu team dengan kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat....
yang bestnya group kami ni 5 orang berbanding dengan yang lain terdiri daripada 6 ke 8 orang tapi kamilah yang paling happening coz ada sorang pak lawak dalam team kami ni...
oh ya dalam part kali ni dia ada ajar tentang rahsia nombor ... nanti aku bagi erk...
kita sama2 kira dan faham.. apa karektor kita.. sendiri...but this just for fun ok......

Bisakah......???

Apa...? Bisakah aku, mengutuskan kata rindu,
Menyatakan Sayang,...
Dan Bisakah aku..
Meluahkan rasa cinta
Yang terpendam dilubuk hati...
APakah aku... Harus..
Merintih dan menangis,perlukah aku...
Bersedih atau ..perlukah aku
biarkan saja
ianya berlalu
..Bagaimana..
Hendak aku melupakan kenangan silam
kerana yang pasti hati ini masih lagi menyintai mu...

AimiraAira.blogspot.com

Mei 2015

Isnin, 21 April 2014

kISAH HARI INI

Assalamualaikum...
Lamanya aku tak merapu kat sini kan.. eee ko ni mawar cerita macamlah blog ko ni ada orang nak bacakan...padahal yang baca tu ko aje ... kan...kan...
Tak kisah lah aku pun tak harap sangat lah orang nak baca blog aku ni
bukan ada pun dalam blog aku ni, tak cerita pun.. balik2 cerita aku dan cerita aku juga.. so tak de maknanya ok...
blog ni sebenarnya untuk aku meluahkan apa yang terpendam apa yang aku rasa nak cakap kat sinilah tempatnya...
Lately ni Tanah tumpah darah ku ini hangat dengan kisah kehilangan MH370.. urmmm manalah perginya Kapal terbang tu kan... hanya tuhan saja yang tahu apa yang tidak kita ketahui.. Kemana, Dimana dan bagaimana keadaannya hanya Allah saja yang tahu.. disini lah terbuktinya kebesaran allah tanpa kita semua sedar, secangih manapun alatan yang digunakan selagi ianya tidak diizinkan oleh allah untuk dijumpai maka sampai bila2 pun ianya takkan dijumpai. Allah berkata jadilah maka jadilah,ia.. tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Secara logiknya.. mustahil lah hilang tanpa dikesan, kalau terhempas dimana2 pasti ada serpihan, kalau ditawan mesti ada yang meminta tebusan,tapi sekarang ni hilang.. HILANG..... Hilang jejak langsung tak boleh dikesan... Ya Allah besarnya kebesaran mu. Ya allah, hambamu berdoa dan berharap walau apapun yang terjadi kepada Kapal terbang itu kau temuilah berikanlah jawapan mu yang pasti Ya Allah, kami semua redha akan ketentuan yang engkau berikan... sesungguhnya engkaulah yang maha besar dan mengetahui hikmah disebalik kejadian ini Ya Allah, kau kasihanilah ibu dan ayah yang menanti dengan penuh kesabaran akan kepulangan anak yang tersayang, Kasihanilah seorang isteri yang menanti akan kepulangan suami yang amat disayangi dan dicintai, kasihanilah pada anak2 yang menanti akan kepulangan ibu dan ayah menanti tanpa jemu tanpa henti, air mata ini sudah tidak mampu lagi mengalir lagi ya allah.. kasihanilah mereka berikan jawapan kepada mereka. sesungguhnya mereka telah redha ya allah....
Alfatihah buat semua umat islam didalam Kapal MH370....

Rabu, 19 Februari 2014

cerita senin lepas

Assalamualaikum, selamat petang semua, baru lah hari ni aku ada masa nak membebel dan merepek kat sini, last 2 week aku teramatlah busynya hehehehee busy ke, memang busy pun sebab unit aku ni terlibat dengan Opsyen Pertukaran Pelantikan bagi AKP ... iaitu PAP, Pemandu, PRA , JAga dll.. gila tak busy satu selangor ada lebih kurang dekat 2 ribu Pembantu Am Pejabat , aku pulak kena handle untuk PPD Klang, dan Petaling Utama, Perhhh memang tension ialah daerah yang beso tu lebih2 lagi Klang. ,masalah dengan Klang ni satu je.. Telefon dema ni jarang benor berangkat. orang kata kalau ada orang angkat memang luckylah hehehehehe...

Isnin, 6 Januari 2014

HAPPY NEW YEAR 2014

salam semua.. ceh tulih cam ler ada orang yang follow blog ko ni ira oiiii hehehehe, lantak ler janji aku hepi dak gitu...masuk hari dah dekat 6 hari kite lalui tahun 2014 ni, dan tahun ni juga ulang tahun perkahwinan ku menjangkau ke usia 8  tahun,, ishhh kejap je kan dah lapan tahun je aku kahwin ,ngan en suami tersayang . dan bulan ni kan bulan Januari, so bulan Januari adalah bulan ulang tahun aku yang ke 3++ bior ler aku je yang tahu kan hehehehe, alhamdulillah, aku masih lagi disini meneruskan kehidupan dibumi allah ini syukur alhamdulillah, dan hingga kini suami ku masih lagi Nor Azli bin Abd Hamid yang menikahi ku 8 tahun lalu... TQ abang, i luv u so muchhh muahhh muahhh ... bulan Januari juga adalah bulan ulang tahun bagi ibu ku yang tersayang, Rahmah binti Othman, Along sayang ibu.. sayang sangat-sangat , tak de orang yang boleh ganti tempat ibu, sayanggggg ibu .terima kasih ibu sebab menjaga along dari kecik sampai beso sekarang ni, memang beso pun hehhee, ibu lah kawan along ibulah sahabat along.

Rabu, 9 Oktober 2013

Jemputan Ulang Tahun

Assalamualaikum, selamat pagi semua, mawar bukan nak cerita apa pun just nak share je aktiviti mawar hujung minggu, last 2 week mawar ikut BFF mawar Aklima pergi birthday party anak buah kawan dia, kat Sungai Buloh, boleh dikatakan happening jugalah ialah besday party untuk kanak-kanak yang umur 1tahun ngan 3 tahun ko, meriah tullah, siap ada badut bagai, then majlis tu dibuat dekat Restoran D'Manggis kat Kuang,..Daripada apa yang member aku beritahu adik ipar kawan dia ni (bapak kepada bebudak yang sambut besday ) tauke Stesyen Minyak PEtron kat Sg Buloh, gila tak kaya mak bapak budak2 ni patut ler leh buat kat Dmanggis, makanannya not bad lah , menu for Birthday party kan so biasalah, ada Nugget, Beehon Goreng, Samosa(samosa dia sedap) Kentang Goreng, Sosej , Spaggethi, pasta goreng, char kkuey teow,Nasi Briani (Ni lahmakanan yang paling berat), ada candys, candy ni tuk bebudak lah kan, pastu ada dadih (Dadih ni member aku sponser). makanan kat restoran ni memang sedap, Beehon dia cukup rasanya bagi tekak aku ler kan, Best kan kecik2 dah celebrate besday party kat luar, aku dulu ibu dengan ayah aku sambut kat umah je pun itu pun sekali je,. Kami adik beradik akan sambut besday bila umur dah 7 tahun , mula daripada aku lah sampai adik aku yang bongsu . Umur cecah 7 tahun je ayah ngan ibu buat besday party, memang happening masa tu ko. Yang Paling Happening dan x mungkin kami lupakan masa besday adik aku yang bongsu ajak, hari tu umah kami banjir, so kena buat besday party kat umah nenek, sib baik umah nenek ngan umah kami tak jauh kiranya umah nenek ni kat belah atas dan berdepan dengan rumah kami. Cian adik aku masa tu, ialah besday dia rumah banjir, dan lagi satu adik aku cuma dua Orang je angah ngan adik, dua2 lelaki,aku jeles ngan dorang ni sebab dorang ni share tarikh lahir baiknye plan ayah ngan ibu kan, Genap 5 Tahun angah dapat adik.Dan Bulan ni adalah bulan lahir dorang bulan 10, Tahun ni angah (Babah Ngah) Genap 35 Tahun manakala adik pulak 30 Tahun. Selamat Ulang Tahun Adik dan Angah , Along Sayang Korang sangat2 Miss Uol so Much Bro.

Isnin, 26 Ogos 2013

Sekitar Majlis Hari Raya Peringkat Jabatan Pendidikan Selangor bagi Tahun 2013

Unit Perjawatan dan Perkhidmatan jabatan Pendidikan Selangor, Tahun ni unit kami tema Hijau Petronas ,

Sebelum Nyanyi kiter posing-posing dulu okey...

Bergambar bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor , masa ni semuanya dah kenyang daaaa
masing-masing tengah  kontrol ayu, muka sumenya dah berlengas, yang terselit baju warna purple tu ..haaa tu lah dia student pratikal yang buat pratikal kat Unit Perjawatan dan Perkhidmatan selama sebulan je.. CIk Fatin namenyer hehehehee.
Ni pulak sessi bergambar bersama Pengarah Pendidikan Selangor, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor dan Juga Ketua Sektor Kami ler.. Sektor K2P( Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan) ni lah sebahagian daripada Staf  Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, yang duduk dua orang pompuan tu yang belah kiri tu ler bos kami(PP Unit Perjawatan dan Perkhidmatan) manakala yang belah Kiri tu PET  kami (Puan Bidayatul).

Lepas makan , sessi bergambor ler plak..
Masa ni masing-masing tengah cop2 tempat untuk makan