Utama


Selasa, 23 September 2014

Tukar.. ditukarkan.. terpaksa tukar ataupun .....

Assalamualaikum... selamat pagi, hari ni 1st day keje, sebab semalam aku cuti,,, CUTI!!! okey.. 1st sebab sakit perut, 2nd sakit kepala sebab kurang tidur, 3rd.. sebab urmm tension ialah ... berdasarkan tajuk kat atas tulah.. sebenarnya tak lah setension mana pun, tapi bila orang lain dah tahu mana dia ditempatkan,sedangkan aku yang terlibat ni pun tak tahu kemana. ko tension ke tidak,!!!!... ialah yang CC sorang ni tak menyempat2 nak beritahu, sabor lah dulu, adil ke macam tu,
Kesian sebenarnya dengan kakak opismate ialah bila suka amik, tak suka buang je.memang lah dia slow sikit buat keje tapi.. keje dia memang tip top.. boleh buat keje punya..tapi orang dah tak suka kan.. nak buat macam mana....
Sebenarnya unit aku ni tengah proses buat pusingan kerja dalaman,, tapi kakak tu baru je pun dalam unit tu.. urmmm tak fahamlah... aku tak kisah kalau yang kena pusingan keje  tu orang lama, tapi kakak tu baru je..
Aku pun kena juga,, tapi tak tahu kat mana... tuk yang aku maksudkan TUkar, ditukarkan ataupun terpaksa tukar, Kes aku ni tukar sebab aku kat unit pun dah lama, ialah sejak mula lantik kot kat unit ni, so kenalah kuar, mula2 CC aku tanya nak kat mana, aku just cakap SYMP ialah aku ni siapakan... then dia offer nak dalaman ke luaran... aku ckplah kalau ikut aku nak ke unit lain bukan dalam unit ni, ialah sayang, sedih opkoslah ada, tipulah kalau kata tak sedih, hampir 10 tahun kot aku kat sini, dah tiba masanya untuk aku ke unit lain, aku kena jadi budak baru balik untuk mencari satu kemestian hidup, ialah kena lah jadi budak baru, belajar serba serbi, macam mula2 aku datang ke Jabatan Pendidikan dulu, memang zero masa aku datang sini, ialah aku dari Swasta kot, pastu dapat tawaran goverment mahu tak tokujut...
Aku beritahu hubby yang aku mungkin akan bertukar ke unit lain, hubby aku ni macam biasalah, mungkin itu kebaikan untuk awak, mungkin ada hikmah .. eeee lagi tension aku dengan jawapan mr hubby , tak membantu langsung perasaan dan jiwa nurani si isterinya.....
So aku tak tahulah kat unit baru nanti boleh ke aku berblog macam ni.. kalau tak boleh malam je lah aku update kan, itupun kalau aku ni ada masa lah ... hahahahhahaha ko bercerita  mawar macamlah ada orang baca blog ko yang cacamerba ni kan.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan