Utama


Jumaat, 7 Disember 2012

Salam JUmaat buat semua

Assalamualaikum,
Sihat ke semuanya, mira harap semua yang lawat blog ni sihat seadanya, mira sebenarnya lama tak update blog, macam2 sebenarnya yang berlaku dalam hidup mira...tahun ni sebenarnya mencoretkan pelbagai cerita buat diri mira dan encik suami, ialah kisah manis buat kami bila mira disahkan mengandung.. setelah 6 tahun kami menjalani kehidupan rumah tangga, masa tu hanya tuhan yang tahu betapa mira dan encik suami merasa bahagia sangat. kami bersyukur sangat.. tapi sebenarnya kegembiraan mira dan encik suami hanya sementara saja, lagi 4 bulan je mira dengan encik suami akan bergelar babah dan mummy tapi, kegembiraan itu hilang serta merta, ya allah, waktu itu hanya tuhan saja betapa remuk dan hancurnya hati mira ketika itu, tapi alhamdulillah nasib baik encik suami sentiasa ada disamping mira ketika itu, dan kebetulan pula selepas itu mira kembali sibuk dengan penempatan kakitangan sokongan dan mira dapat melupakannya buat seketika , mira buat macam biasa saja, ... mesti tertanya kan mira keguguran ke.. tak.. mira bukan keguguran baby mira hilang, ... entahlah payah untuk mira ceritakan bagaimana. sebenarnya mira tak nak ingat lagi dah kisah tu... perit untuk mira bercerita sebenarnya.. mira redha, dengan ketentuan ilahi mira terima takdir buat mira dengan encik suami, mungkin ada hikmah disebalik semua itu,
Ya Allah, dugaan demi dugaan kau berikan kepada ku itu tandanya diriku amat disayangi oleh mu, kau menguji kekuatan dan ketabahan hatiku ya allah,hanya pada mu saja tempat untuk aku meluahkan segalanya kerana hanya engkau yang tahu apa yang ada dalam hati ku ini..

Ya allah, hanya padamu kuserahkan segalanya ....
semoga dia sejahtera walaupun dimana dia berada, ketahuilah bahawa dirinya sentiasa ada dalam hati ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan