Assalamualaikum,
kejap je kan dah nak habis bulan ramadhan, rasa sedih lah pulak , ialah tak tahu lagi tahun depan dapat tak kita jumpa dengan bulan ramadhan ni kan,lately ni masing2 dah sibuk untk melengkapkan persiapan raya, Cuti dah lulus ke semuanya ni, hope lulus lah erk, nanti ada yang nangis pulak sebab tak dapat balik kampung, ramai yang dah cuti ke??? kat opis ni dah mula lenggang dah, esok lagi lah ramai yang cuti ... mana yang raya kat area KL dan Selangor je yang masih tinggal kat opis, aku pun jumaat masih keje lagi cuma en hubby je yang cuti hari jumaat,sori lah yang , I kena keje hari Jumaat ni "
Sebenarnya aku hampir terlupa sebenarnya, bulan ramadhan yang lalu adalah ramadhan yang penuh dengan ujian buat ku, Ku rasakan tiada lagi keindahan buatku, namum ketentuan yang esa tiada siapa yang dapat menentukannya, Ya Allah, terima kasih kerana kau masih memberikan nikmatnya kepada ku, Aku bersyukur Ya Allah, andai dulu ku lalui ramadhan dengan linangan air mata, dengan kedukaan yang melanda di jiwa, namum kali ini kau gantikan dengan kebahagiaan, terima kasih Ya allah , terima kasih atas kurniaanmu.
Kututup kini kisah duka dihati dibulan ramadhan 2011 dengan kesyukuran yang tak terhingga di ramadhan 2012, semoga dengan kehadirannya nanti akan menceriakan dan mengembirakan seluruh insan yang berada disampingku dan yang menyanyangi ku Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan